Pencipta telefon bimbit sahkan manusia akan tanam peranti dalam kulit pada masa hadapan

Pencipta telefon bimbit sahkan manusia akan tanam peranti dalam kulit pada masa hadapan

Pencipta telefon bimbit sahkan manusia akan tanam peranti dalam kulit pada masa hadapan. Sudah menjadi kebiasaan buat kita pada hari ini membawa telefon pintar ke mana-mana sahaja kerana memudahkan sejumlah aktiviti seharian. Namun, perkara tersebut dijangka akan berubah pada masa kelak.

Marty Cooper selaku pencipta telefon pertama dunia kini menyasarkan generasi akan datang kelak akan memperlihatkan telefon ditanam terus dibawah kulit mereka dan juga boleh jadi disebalik telinga.

Peranti berkenaan juga dijangka akan dikuasakan oleh tenaga yang dijana daripada badan. Marty Copper menyasarkan kelak badan manusia akan dikuasakan dengan sensor dan mikrocip dalam memudahkan sejumlah tugasan.

Beliau turut berpendapat antaramuka telefon pada hari ini semakin kompleks dan pelbagai pengeluar perlu melihat kepada inovasi dan rekaan baharu yang seterusnya.

Beliau turut menambah mengatakan mempunyai kepercayaan tinggi pada kemanusiaan yang mana sudah bermacam teknologi canggih dibangunkan sehingga mengubah landskap kehidupan kita. Malah, telefon bimbit yang dahulunya hanya boleh membuat panggilan kini berubah menjadi satu pakej lengkap dengan pelbagai fungsi.

Jemaah Malaysia terkejut peniaga tarik tangan, rampas duit paksa beli barangnya di Madinah

Gadis jelita beragama hindu fasih baca quran, dakwa dari kecil diajar baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *