Penduduk Johor gempar banjir sampai paras pinggan tapi sejadah kering macam biasa. Tular di media sosial baru-baru ini mengenai video sejadah yang masih lagi kering dan tidak terusik meskipun rumah telah dilanda banjir, Subhanallah!
Kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahan teres dua tingkat di Taman Aman di Kota Tinggi, Johor.
Menurut laporan Mstar, penghuni rumah sewa tersebut memaklumkan bahawa dirinya telah dimaklumkan oleh jiran bahawa air banjir mencecah paras pinggang kira-kira jam 3.30 pagi. Banjir kemudian surut kira-kira jam 4 petang dan ini membenarkan mereka masuk untuk lihat keadaan rumah.
Masa masuk rumah tu keadaan memang berlecak penuh dengan lumpur. Tiba-tiba suami panggil untuk tengok ruang solat di tingkat bawah dan sejadah kering tanpa sedikit pun terkena air banjir mahupun kesan lumpur.
Penghuni rumah itu yang dikenali sebagai Hidayah, mendedahkan pintu sliding rumah pecah dan menyebabkan barang-barang di dalam rumah ‘berubah’ arah kerana ditolak air banjir.
Bukan setakat sejadah, alas untuk letak sejadah juga tidak basah dan tiada lumpur. Saya tengok depan mata rasa terkedu, nak menangis.
Masyallah, mungkin ini juga satu peringatan buat kita semua untuk sentiasa mengingati kekuasaanNya.
Jep buka cerita sebenar Shuib merajuk, “sebab aksi lucah..”
Awie mengamuk! Nak tampar pelakon Mentega Terbang