Penduduk Kuantan gempar ada kalimah Allah pada daging!

Penduduk Kuantan gempar ada kalimah Allah pada daging!

Seorang kerani di sebuah syarikat swasta di sini terkejut apabila seketul daging korban diterimanya didakwa mengandungi kalimah Allah.

Pekerja terbabit, Suzita Sulong, 43, berkata, pada mulanya dia menghiris ketulan daging yang telah direbus di rumahnya di Kampung Chendor di sini untuk dimasak resepi daging asam.

Bagaimanapun katanya, ketika hirisan pertama ketulan daging itu, dia terkejut apabila ternampak urat lemak daging terbabit mempunyai kalimah Allah.

“Tiba-tiba saya rasa menggigil dan terus panggil anak lelaki untuk kesahihan apa yang saya nampak.

“Anak saya cakap dia pun sama nampak seperti apa yang saya nampak iaitu kalimah Allah pada hirisan daging ini,” katanya di sini hari ini.

Suzita berkata, dia juga bersyukur kerana apa dilihatnya itu antara tanda kebesaran Allah dan mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan kepada mereka yang menyumbang dengan ikhlas dalam ibadah korban ini.

“Daging korban ini adalah pemberian daripada anak saudara. Saya menerima daging ini pada hari raya kedua Aidiladha,” katanya.

Beliau berkata, hirisan daging yang mempunyai kalimah Allah itu kini disimpan dalam peti sejuk.

“Buat masa ini saya akan terus simpan hirisan daging ini dalam peti sejuk,” katanya.

BACA:

Tragis raya korban, lelaki dari T’ganu maut tercekik tulang ketika hirup sup tulang

Edisi Siasat dedah senarai harta yang dimiliki oleh Taib Mahmud

Dengki dapat nombor 1, budak umur 14 tahun lumpuh kena santau dengan rakan

Leave a Reply

Your email address will not be published.