Peniaga wajib pakai pelitup muka bermula 2023

Peniaga wajib pakai pelitup muka bermula 2023. Dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan juga kesihatan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor tampil mengeluarkan arahan kepada para peniaga dan pengusahan makanan dan minuman untuk mewajibkan penggunaan pelitup muka bermula 1 Januari 2023.

Menerusi perkongsian Facebook Majlis Perbandaran Selayang, difahamkan kewajipan pemakaian pelitup muka ini dibuat dalam usaha untuk menjaga kebersihan makanan yang ditawarkan buat orang ramai.

Peniaga yang gagal untuk mematuhi arahan yang dikuat kuasa bermula 1 Januari 2023 ini bakal berdepan dengan tindakan kompaun.

Setakat ini, penguatkuasaan kepada peniaga, pengusaha restoran serta penjaja makanan serta minuman ini hanya dibuat di negeri Selangor sahaja.

Dah 3 bulan tinggalkan rumah, nak pengsan jumpa rambut uban panjang, habuk satu pun tak ada

Nasi Lemak level-level TMJ dah ni, nak pengsan tengok harga

Ini burger paling mahal di dunia, harga boleh beli Perodua Axia sebuah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *