Penutup Majlis Tilawah Al-Quran berakhir dengan joget ‘cucuk langit’

Penutup Majlis Tilawah Al-Quran berakhir dengan joget ‘cucuk langit’.

Program tilawah Al-Quran merupakan satu majlis yang baik dan suci di mana al-Quran dibaca beramai-ramai secara bergilir-gilir. Namun, lain pula yang jadi di negara seberang apabila sebuah program dipercayai majlis tilawah Al-Quran diakhiri dengan acara ‘cucuk langit’.

Masing-masing berkopiah bertudung

Dalam satu hantaran video yang dimuat naik pengguna Abduh Nursalam di laman Facebook, dapat dilihat sekumpulan lelaki berkopiah serta wanita bertudung yang berkumpul di hadapan sebuah bangunan berkubah, dipercayai sebuah masjid.

Menerusi video tersebut, mereka dilihat sedang berjoget dengan rancak, ‘mencucuk langit’ sambil berlatarbelakangkan lagu C’est La Vie nyanyian penyanyi Algeria, Khaled yang dipasang dengan kuat.

Abduh yang memuat naik video tersebut, menerusi kapsyen telah meluahkan rasa kecewa terhadap situasi tersebut yang difahamkan telah berlangsung di negara jiran, Indonesia.

Maksiat terbuka ini berlaku dalam majlis penutup Musabaqah Tilawah Al-Quran di sebuah negeri di negara jiran.

Semua berkopiah bertudung. Program baca Al-Quran, tapi ditutup dengan lagu Bara Bara Bere Bere.

Umat makin tenat…Bala kalau turun, semua akan kena.

‘Semoga diberikan hidayah’

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk rasa kecewa dan sedih akan tindakan pengajur dan peserta yang terlibat. Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan doa agar perkara seperti itu tidak berulang lagi dan semoga mereka diberikan hidayah.

Video

BACA JUGA:

Muka anak dara Awie tarik perhatian orang ramai, ‘hot gilerr’!

Adibah Noor terpaksa jual rumah, barang kemas untuk hidup

Rupanya Yaya Ruhian ni terkenal di mata dunia, tapi selamba je buat macam orang biasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.