Penyanyi Indonesia dikecam teruk, bawa lagu Tiara macam membaca. Kemunculan ramai penyanyi baharu dari negara seberang yang mendendangkan kembali lagu hits Malaysia mendapat perhatian ramai.
Penyanyi berbakat luar biasa yang terkenal menerusi lagu Cinta Sampai Mati yang menjadi siulan ramai di media sosial.
Terbaru, penyanyi dari Jawa Barat, Indonesia itu merakam semula lagu Tiara daripada Kumpulan Kris yang pernah popular pada tahun 90an hasil ciptaan Datuk M.Nasir.
Baru sebulan lagu tersebut dilancarkan di YouTube, ianya sudah mendapat sebayak 22 juta tontonan.
Terbaru, tular rakaman Raffa menyanyikan lagu tersebut di sebuah acara konsert.
Namun, nyanyiannya dikritik sumbang serta dikecam oleh netizen. Mendengarkan suara penyanyi itu secara langsung yang tidak merdu, netizen mempersoalkan suara Raffa berbeza dengan suara rakaman.
Tidak kurang juga, ada yang memerli penyanyi itu dengan mangatakan dia sedang menyanyi atau membaca.
Bagaimanapun, ada sahaja netizen yang tetap memuji suara Raffa serta mengatakan mungkin penyanyi itu gemuruh untuk menyanyi secara langsung.
BACA:
Shuib dan Zara dilihat sedang bermesra, siap bagi ‘mini love’ lagi
‘Duit tak cukup nak beli beras, budak terpaksa pulangkan balik pada cashier’
Pengasas pusat perubatan islam terkenal ditangkap khalwat