Perang industri burger di Malaysia makin ‘gila’, tokei ini kongsi rahsia brand burger boleh naik. Industri burger kat Malaysia sekarang kembali rancak… Banyak player baru yang ada business plan menarik…
GTR burger, ZamBurger, Syukor Burger .. dan ada establish brand mcm Ramly, Mcd,KGB, myBurgerlab, The BGR, eh kalau nak senarai semua mmg tak habis…
1. Saya tak terkejut… mmg Industri ini sangat bernilai tinggi
2. Saya sendiri lama dalam industri… tapi mainly sebagai kuli… Pernah uruskan jenama burger yg ada rangkaian 24 cawangan… pernah dua kali uruskan kilang pengeluaran burger premium milik orang
3. Pernah juga saya buka kedai burger saya sendiri secara francais
4. Kenapa ramai suka sangat nak buka bisnes burger?
5. Well masa saya kerja dulu … saya dapat tahu burger memang rangking no 3 dari segi pilihan makanan ruji kat Malaysia
6. Saya rasa Dato Ramly dan Mekdi berjaya mengubah selera rakyat Malaysia… Lepas Nasi dan Mee… memang Burger pilihan yang paling common
7. Dengan jumlah potensi pelanggan yang besar, tak pelik orang suka buat bisnes burger
8. Dari apa yang saya lalui… maybe saya boleh share Pro and Cons bisnes burger
9. KEBAIKKAN
📍 Pelanggan ramai di Malaysia. Semua Agama, Kaum dan Latar belakang Ekonomi suka makan Burger
📍 Supplier banyak… senang nak start
📍 Konsep banyak … nak street, nak restaurant, nak premium.. semua boleh masuk
📍 Tak perlu work so hard on recipe.. senang cari and …susah untuk burger jadi tak sedap (p/s Kalau ada orang cakpa burger awak tak sedap… something is totally wrong kat situ… Burger susah untuk jadi tak sedap)
10. KEBURUKKAN
📍 Cost … paling susah burger ni…especially burger “daging” dan lagi susah nak main “premium” adalah cost.
📍Cost daging Lembu sangat tinggi.. Sekitar 40 ke 60 ringgit … Ayam pun tak murah… Isi ayam cecah RM 10 sekilo
📍 Lembu Import pun tak murah… lagi kalau baka hebat mcm Angus, Wagyu dan sebagai nya
📍 Kalau Wagyu Jepun mencecah ratusan ringgit
📍sebab tu yang level street burger cuma guna “daging” import… dia tak sebut beef sebab mmg bukan lembu pun… Kerbau dari India. Murah dan flavorfull.
📍 Cost tu takder masalah sebenarnya, yang jadi masalah adalah persepsi harga
📍 Public dah ada mind set tetap pasal harga burger… Kalau burger jalanan expect 2-3 ringgit.. kalau premium / gourmet burger 20 ringgit ++ je leh gi… yang level tengah ni paling susah nak set harga…
📍 Di sebabkan industri ni dah lama, dan sangat banyak player… harga jualan basically dah diset oleh market… Persepsi tu susah nak pecah.
📍Player burger pun sangat sangat ramai… segala jenis pun ada…red ocean dah ni
11. Of course apa yang saya share hanya tips of the iceberg… banyak lagi issue postive dan negative yang boleh dikupas… lain hari la… cuma maybe kalau saya boleh share pandangan… utk sapa berminat nak niaga burger
12. Kalau AWAK nak buat restoran burger… saya suggest untuk awak fokus kepada benda benda ni
13. Jangan fokus pada burger sapa paling sedap.. cuba fokus pada elemen Added Value lain seperti Service , Experience, Brand Value dan sebagainya… awak jangan la fight pada sagmen burger sapa paling best… never ending game
14. Cuba awak fokus pada innovation , konsep burger yang takder sapa buat lagi… Ingat tak zaman dulu ada ice cream pasu… idea pelik yang viral gila…ramai dapat instant profit walau tak bertahan lama. … Points nya adalah bukan innovasi pada produk tapi experience untuk “consume” products…permainkan emosi manusia.
15. Saya sarankan awak invest 90% masa , duit dan tenaga untuk build brand dan brand experience… Bukan pada produk … Sebab burger tu wajib sedap dan tak susah nak sedap. Biarkan dia.
16. Cari customer pun yang attracted to the brand bukan produk… Sebab bila bila masa sahaja akan ada player baru yang buat burger lagi best dari kita.
17. Satu lagi elemen awak patut fokus maybe pada packaging… ni pun jatuh bawah kategori branding but yang ni kena pump kuat kuat sket … Packaging kena superb
18. Fokus juga pada high traffic location… Ada bisnes yang saya rasa boleh duduk menyorok … but burger perlu High Visibility… sebab kalau susah sangat lokasi nya, sekali dua orang gi…lain hari orang gi makan burger tepi jalan sudah….pilihan kan banyak
19. Fokus pada cost structure dari awal dan plan supply chain. Burger susah nak cari margin , senang nak banyak wastage… Kena ada amalan perakaunan yang sangat sangat kuat
20. Try juga untuk buat reverse engineering… Memula study sapa sagmen market awak nak fokus, dan kaji berapa max harga diaorang willing bayar … dari situ determine harga kos baru awak build resipi burger ikut kos yang awak target
21. Signboard… buat signboard terpaling gempak yang buat orang datang bukan pasal burger tapi pasal terpanggil dgn signboard kedai
22. itu antara idea saya… Maksudnya apa ??? Saya akan fokus elemen luar dari burger bila saya nak buat bisnes burger ??? Why … sebab burger ni
dah level red ocean dah… Nak head on sapa burger paling best ….semua pun claim benda sama… Mekdi dah lama abandon benda ni…
23. MekDi always fokus pada quick service, accessibility, brand dan sebagainya..Dia fokus pada VALUE tambah kepada burger yang dia jual. Tak pernah pun dia claim dia the best burger in town… Malahan ramai akan cakap BK lagi sedap … or Burger XX, YY, ZZ dan sebagai nya lagi sedap
24. But sapa boleh jual burger sebanyak MekDi kat dunia ni ??
25. Saya sendiri selalu makan Mekdi pasal convinience … and saya tahu walau bukan paling sedap… tapi taste dia PASTI ok …That is the value of BRAND TRUST…
26. Sama je dgn bisnes lain… sometime lebih bijak untuk fokus pada nilai dari fokus pada produk…
27. Tapi jangan buat silap… BURGER WAJIB SEDAP.. , pastikan dgn kos yang ada (Point no 19) awak akan buat resipi terpaling sedap boleh awak buat
28. Tapi tu cuma pandangan saya… tak semestinya betul… kalau saya betul semua benda pasal bisnes dah lama saya tidur atas duit… ternyata saya masih sengkek dan buat silap dalam bisnes sampai hari ni……hehheheheh
29. Saya menulis tentang busines F&B di dalam page NAZ DAIM ini, sebagai perkongsian dgn harapan boleh memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi bidang ini. Insyaallah hari hari saya akan share content cenggini… nampak sangat saya takder kerja lain kan
P/s Gambar tahun 2013, tengah masak 100% Wagyu Burger yang saya dah sousvide.. and finishing guna torch… tambah blue cheese dan gruyere… guna rocket salad dan bun bricohe… hehehhe
Tukang buat Keranda jadi jutawan selepas Batu Materoid jatuh atas bumbung rumah
Bertahun-tahun guna duit Ringgit Malaysia baru tahu fungsi garis ini
Suri rumah dari Perak jackpot RM21 Juta, siap dedah cara dia menang