Pesalah seks akan dimandulkan, kerajaan perkenal undang-undang baru

Pesalah seks akan dimandulkan, kerajaan perkenal undang-undang baru.Bagi mengekang jenayah seks, Thailand perkenal undang-undang baharu, pesalah seks akan dimandulkan secara suntikan kimia

Thailand tidak lama lagi bakal memperkenalkan satu undang-undang baharu yang memperuntukkan pesalah seks ditawarkan rawatan pemandulan secara suntikan kimia, lapor Times Now News.

Menurut laporan, pesalah seks boleh memilih untuk melakukan rawatan pemandulan itu bagi mengurangkan hukuman penjara.

Difahamkan, rang undang-undang berkaitan hukuman tersebut yang diluluskan oleh dewan rakyat pada Mac lalu telah mendapat sokongan daripada 145 senator pada Isnin, dengan dua berkecuali.

Pun begitu, ia juga perlu dibentangkan di dewan negara dan seterusnya mendapat perkenan diraja.

Rang undang-undang itu hanya akan berkuat kuasa apabila ia diterbitkan di dalam Warta Diraja pada tarikh yang akan diputuskan oleh kabinet.

Sementara itu, di bawah rang undang-undang tersebut, ubat-ubatan yang akan digunakan di dalam rawatan itu boleh ditetapkan hanya dengan kelulusan pakar psikiatri dan pakar perubatan dalaman serta dengan persetujuan pesalah seks, lapor Thai PBS World.

Manakala, pesalah seks tertentu yang dianggap berisiko melakukan kesalahan semula mungkin diberi pilihan untuk menerima suntikan yang mengurangkan tahap testosteron mereka, sebagai balasan untuk tempoh penjara yang lebih singkat.

Namun dengan syarat mereka mendapat kelulusan dari dua doktor.

Langkah itu juga boleh digunakan kepada pesalah selepas mereka menjalani hukuman atau mereka yang sedang dalam pemulihan, untuk mengelakkan kesalahan berulang.

Dipantau selama 10 tahun
Memetik Times Now News, pesalah akan dipantau selama 10 tahun dan dikehendaki memakai gelang pemantauan elektronik.

Dalam pada itu, Menteri Kehakiman, Somsak Thepsuthin berkata bahawa beliau mahu undang-undang itu diluluskan secepat mungkin.

“Saya tidak mahu melihat berita tentang perkara buruk berlaku kepada wanita lagi,” katanya.

Jika kerajaan Thailand meluluskan rang undang-undang itu, mereka akan menyertai sekumpulan kecil negara yang menggunakan pemandulan kimia iaitu Poland, Korea Selatan, Rusia dan Estonia serta beberapa negeri Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan, daripada 16,413 pesalah seks yang disabitkan kesalahan dan dibebaskan dari penjara Thailand antara tahun 2013 dan 2020, terdapat 4,848 yang dipercayai melakukan jenayah itu semula.

Baca Juga:

“Tahu tak kenapa saya buat persembahan dalam bahasa Tamil? Sebab saya suka perli orang Melayu” – Pemilik kelab komedi Crackhouse

Pengurus Bank hilang RM605,000, kena tipu dengan scammer

Edisi Siasat dedah senarai harta yang dimiliki oleh Taib Mahmud

Leave a Reply

Your email address will not be published.