Pesawah raih RM50,000 hasil tanam padi, siap bagi tips nak berjaya

Pesawah raih RM50,000 hasil tanam padi, siap bagi tips nak berjaya

Pesawah raih RM50,000 hasil tanam padi, siap bagi tips nak berjaya. “PESAWAH perlu mengeluarkan hasil padi lebih lima metrik tan (mt) ke atas bagi satu hektar sawah untuk hidup selesa.

“Jika masih mengeluarkan hasil di bawah lima mt ia masih dianggap miskin dan menanggung kerugian,” kata Jaafar Zakaria, 46, penerima Anugerah Pesawah Cemerlang.

Jaafar yang berasal dari Kerpan, Kedah berkata, dia terbabit dalam industri padi sejak 35 tahun lalu dan kini mencapai pendapatan bersih lebih RM50,000 semusim.

“Saya menjadi pesawah sejak berusia 13 tahun dan pernah gagal serta menanggung kerugian hampir 20 tahun.

“Saya tidak pernah putus asa dan sentiasa mendapatkan bimbingan berterusan daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Selama berkecimpung dalam industri padi ini, saya sentiasa belajar dan mendapatkan ilmu sebanyak mungkin bagi memastikan tanaman menjadi,” katanya.

Jaafar yang juga Pengerusi Kelab Jelapang Padi MADA berkata, selepas buntu mengalami kegagalan, dia bangkit semula dan berusaha sehingga berjaya mengekalkan pengeluaran padi lebih lapan mt sehektar selama 10 tahun berturut-turut.

“Pesawah perlu mendapatkan bimbingan termasuk kursus yang dianjurkan agensi kerajaan, cara mengatasi masalah serangan penyakit dan serangga selain mengikut jadual tanaman yang betul.

“Alhamdulillah, saya mempunyai 13 hektar sawah padi. Bukan senang nak mengekalkan pengeluaran hasil padi kerana banyak cabaran tetapi yang penting kita kena fikir cara untuk mengurangkan kos serta lebihkan untung,” katanya yang turut menerima Anugerah Asean Outstanding Rice Farmer di Manila, Filipina pada 2017.

Sementara itu, penerima Anugerah Pesawah Cemerlang 2019, Kaswady Zakaria, 50, berkata, dia mula agresif dalam industri padi sejak 2013 sehingga berjaya mengekalkan pendapatan melebihi RM50,000 semusim.

Katanya, musim padi kali ini pengeluaran hasil meningkat sehingga 14 mt sehektar antara yang paling tinggi sejak menjadi pesawah sejak 1999.

“Saya mempunyai sawah berkeluasan lapan hektar dan mengekalkan purata hasil konsisten melebihi lapan mt sehektar.

“Saya mendapat bimbingan daripada Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA),” katanya yang berasal dari Kampung Lubuk Kawah, Besut, Terengganu.

Erra Fazira didakwa dah menikah dengan individu betaraf jutawan?\

Erra Fazira didakwa dah menikah dengan individu betaraf jutawan?

Ini sejarah BERNAS yang ramai tidak tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *