Petani dihina miskin dengan jurujual trak, sekali bawa RM50K depan muka selepas 30 minit

Petani dihina miskin dengan jurujual trak, sekali bawa RM50K depan muka selepas 30 minit. Seorang petani dihina oleh jurujual ketika dia ingin membeli sebuah trak pikap Bolero di bilik pameran kereta di sana.

Petani tersebut bersama rakan-rakannya disindir oleh jurujual tersebut dengan mengatakan yang mereka kononnya tidak mungkin mempunyai walaupun hanya RM 50 di dalam poket masing-masing.

Terhina dengan cacian yang dilemparkan, petani tersebut bersama rakan-rakannya beredar untuk mengambil wang tunai selepas mencabar jurujual tersebut untuk membeli trak tersebut dalam masa sejam.

Dia juga mencabar jurujual tersebut untuk menghantar sendiri trak pikap tersebut pada hari yang sama.

Setengah jam kemudian, petani tersebut kembali bersama wang tunai sebanyak RM 55, 781 untuk membeli trak tersebut. Namun begitu, jurujual tersebut meminta untuk menambah masa selama dua hari bagi proses penghantaran kenderaan tersebut.

Kejadian yang berlaku di Tumakuru, India, petani ini berasa kecewa dengan sikap dan layanan yang dia dapati, petani tersebut akhirnya membuat aduan kepada pihak polis tempatan.

Pegawai polis di situ terpaksa memujuk mereka untuk bertenang dan pulang ke rumah.

Walau bagaimanapun, petani tersebut sudah tidak lagi berminat untuk membeli trak tersebut. Dia juga turut meminta permohonan maaf
bertulis daripada jurujual tersebut.

Roti canai kosong paling mahal dalam dunia, niaga tepi jalan je, harga tak masuk akal

Pelajar tinggal nota meruntun jiwa, “saya dah berhari tak ada duit nak makan”

Pecatnya sebagai KPPA, Syafiq nak ambil tindakan undang-undang orang terlibat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *