PH dan GPS bergabung – Rafizi

PH dan GPS bergabung - Rafizi

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli tidak menjangkakan mana-mana gabungan akan mendapat mandat yang jelas untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau menjangkakan Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing memenangi bahagian terbesar kerusi di Semenanjung dan Sarawak.

Disebabkan itu lah beliau “berunding secara terbuka”, katanya sambil menambah, sebarang perbezaan politik antara PH dan GPS sebelum ini harus diketepikan.

“Satu-satunya konfigurasi yang boleh menjamin kerajaan (persekutuan) yang stabil adalah antara PH dan GPS. Dan konfigurasi itu mendukung keputusan demokrasi PRU ini.

“Di Sabah, dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional, Bersatu, Warisan, dan PH, keputusannya akan sangat berpecah,” katanya pada sidang media yang disiarkan dalam talian.

Pengarah pilihan raya PKR itu turut berkata, beliau pasti GPS sedar akan perkara ini, lebih-lebih lagi apabila beliau kerap membuat kenyataan mengenainya.

Beliau juga mengesahkan bahawa terdapat “komunikasi tidak rasmi” dengan gabungan Sarawak.

“Tetapi petunjuk yang saya dapat setakat ini, bukan sahaja daripada GPS tetapi parti lain di Sabah dan Sarawak, mereka mahu menunggu keputusan pilihan raya dahulu.

“Namun begitu, tiada penolakan secara langsung,” katanya.

Sebelum ini Rafizi berkata, PH hanya boleh bekerjasama dengan GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan persekutuan akan datang jika timbul keperluan.

Pihaknya menolak sama sekali kerjasama dengan BN, Perikatan Nasional (PN) mahupun Gerakan Tanah Air (GTA), katanya.

Bagaimanapun, Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebelum ini berkata, beliau percaya mustahil untuk mengharapkan GPS bekerjasama dengan PH selepas PRU15 kerana mengundi untuk GPS bersamaan memberi undi kepada Umno.

PKR akan failkan petisyen jika Muhyiddin menang di Pagoh, ada bukti kukuh

Laman berita londehkan fesyen mewah pemimpin-pemimpin politik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *