Presiden Amerika, Joe Biden jatuh basikal

Presiden Amerika, Joe Biden jatuh basikal.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, terjatuh ketika menaiki basikal berhampiran rumah pantainya di Delaware, awal pagi semalam, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Satu rakaman dilaporkan dalam kalangan Rumah Putih menunjukkan presiden berusia 79 tahun itu bingkas bangun selepas terjatuh dan menyatakan: “Saya okay”.

Beliau berbasikal bersama Wanita Pertama, Jill Biden, di taman negeri berhampiran rumah pantai di Pantai Rehoboth, Delaware dan sedang berhenti untuk berbual dengan orang ramai yang memerhati ketika terjatuh.

Presiden memberitahu sekumpulan kecil orang yang mengucapkan syabas dan wartawan bahawa beliau hilang keseimbangan badan ketika cuba menarik keluar kakinya dari klip basikal.

Jurucakap Rumah Putih berkata, tiada perhatian kecemasan diperlukan dan Presiden tidak sabar untuk menghabiskan keseluruhan harinya dengan ahli keluarga.

Video yang dimuat naik di media sosial pada sebelah petang menunjukkan Presiden cuba membuktikan ketangkasannya.

Sebagai Presiden AS tertua, kesihatan Biden sering menjadi perhatian, terutamanya ketika spekulasi sama ada beliau akan meneruskan penggal kedua pada 2024 terus meningkat.

Pada November 2020, sejurus selepas pemilihannya sebelum memegang jawatan, Biden mengalami patah kaki ketika bermain bersama anjing peliharaannya.

Bagaimanapun, setahun kemudian, pada November 2021, doktor mengesahkan tiada masalah dengan keadaan kesihatannya dan menggambarkan presiden itu sebagai “sihat” dan “cergas.”

Ketika mengambil soalan daripada wartawan, Biden, berkata beliau dalam proses membuat keputusan melonggarkan beberapa tarif pada dikuatkuasakan pada era Trump ke atas barangan China untuk meredakan tekanan inflasi.

Beliau berkata, akan berbincang dengan Presiden China, Xi Jinping, tidak lama lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan perkembangan undang-undang senjata api, selepas tembakan besar-besaran di Texas dan New York yang membawa tuntutan baharu untuk bertindak, Biden hanya berkata, beliau gembira dengan tindakan oleh negeri kelahirannya di Delaware, yang meluluskan larangan senjata bergaya-serangan.

@jonbernardk Joe Biden Falls Off His Bike#biden #joebiden #letsgobrandon #president #memes #unitedstates ♬ original sound – Jon-Bernard Kairouz 🎤

BACA:

Lembu bermata tiga gemparkan penduduk, “Dajjal ke apa ni?”

Tahniah! Proton Saga dipilih sedan paling laris di Negara Kenya

Lelaki ini dedah rahsia masuk Thailand cara paling mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *