Rahsia terbongkar..anak angkat kami rupanya anak suami dengan ‘skandalnya’

Rahsia terbongkar..anak angkat kami rupanya anak suami dengan ‘skandalnya’. Tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya perasaan seorang wanita selepas mengetahui anak angkat yang dipelihara selama tujuh tahun, rupa-rupanya anak kandung suaminya bersama kekasih gelap. Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini dikongsi oleh seorang wanita menerusi platfom Reddit.

Baru tahun selepas 7 tahun

Ujar ibu kepada lima cahaya mata ini, keputusan untuk mengambil anak angkat dibuat selepas mendapat nasihat daripada doktor supaya dia tidak lagi hamil selepas kelahiran anak keempat. Susulan daripada itu, dia dan suaminya, Dave berbincang untuk mengambil anak angkat ketika Dave berkhidmat di luar negara. Pasangan ini bersetuju untuk menanti kepulangannya (Dave) bagi menyemak pilihan yang ada.

Bagaimanapun, ketika Dave berada di luar negara dia secara tiba-tiba mencadangkan pengambilan anak angkat antarabangsa dan isterinya ketika itu hanya bersetuju. Bukan itu sahaja, Dave juga yang bertanggungjawab mengendalikan semua kertas kerja dan pasangan ini menyambut kehadiran bayi lelaki, Kalen dalam keluarga tersebut.

Rahsia akhirnya terbongkar

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, selepas identiti Kalen diketahui ketika berusia tujuh tahun.

Sebenarnya, sejak mengambil Kalen menjadi anak angkat, ramai ahli keluarga yang tidak percaya dia bukan anak kandung kami.

Ini kerana wajahnya sama seperti adik-beradik lain. Tiada perbezaan ketara antara mereka.

Wanita ini mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sijil kelahiran Kalen sebelum bertindak melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan hasilnya mendapati Dave adalah bapa kandung kepada Kalen.

Kalen ialah anak saya, tidak kira apa juga keputusan ujian DNA. Namun, saya tidak boleh memaafkan Dave dan saya telah memfailkan perceraian dengannya.

Sekarang saya sedang berfikir bagaimana untuk memberitahu anak-anak mengenai perpisahan kami.

BACA LAGI:

Pilu..Nurse dedah pengalaman rawat Bella, “jerit tiap malam, tak lena tidur..”

10 fakta baru kes dera anak OKU Bella, nombor 9 paling kejam!

Sah! Anak Zahid Hamidi jawab dakwaan Siti Bainun anak angkat kepada bapanya

Leave a Reply

Your email address will not be published.