Rakyat berdepan kenaikan kadar faedah pinjaman dalam masa terdekat, sedia bayar rumah mahal!

Rakyat berdepan kenaikan kadar faedah pinjaman dalam masa terdekat, sedia bayar rumah mahal!

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman, (OPR) yang menjadi penanda aras pinjaman tempatan pada separuh kedua tahun ini.

Jangkaan itu meskipun bank pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan (Fed) semalam sekali lagi menaikkan kadar faedah di negara itu sebanyak 50 mata asas bagi membendung gelombang peningkatan inflasi.

BNM, menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan mengadakan mesyuarat berikutnya bagi memutuskan OPR pada 11 Mei depan, namun mesyuarat pertama bagi separuh kedua 2022 akan diadakan pada 6 Julai depan.

OPR adalah lebih rendah berbanding penanda aras di AS, Kadar Dana Persekutuan (FFR), yang berada pada paras terendah -175 mata asas dari September 2006 hingga Ogos 2007.

Keadaan ini sekali gus menunjukkan bahawa sebarang pergerakan dalam FFR tidak semestinya mengubah paras OPR dalam sekelip mata dan keputusan dasar oleh BNM adalah bebas daripada Fed.

BNM akan menilai ekonomi Malaysia atas meritnya sendiri untuk mencapai paras yang sesuai untuk OPR. Kami mengekalkan saranan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas pada separuh kedua 2022.

Mengenai prestasi ringgit berbanding dolar AS susulan kenaikan kadar faedah di negara maju itu, mata wang tempatan mungkin akan berlegar sekitar paras RM4.30 hingga RM4.34 memandangkan terdapat kejelasan yang lebih baik dalam hala tuju dasar monetari Fed.

Ringgit berbanding dolar AS dijangkakan akan mengakhiri tahun ini pada paras RM4.15.’

Bank pusat AS semalam menaikkan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan untuk menangani inflasi terburuk yang dialami ekonomi terbesar dunia itu dalam tempoh 40 tahun.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS semasa mesyuaratnya pada 3 dan 4 Mei memutuskan sebulat suara untuk menaikkan FFR sebanyak 50 mata asas, menjadikan kadar dasar kepada 0.75 peratus dan 1.0 peratus daripada 0.25 peratus kepada 0.50 peratus.

BACA: 

Jenazah suami bertukar rupa, isteri dedah waktu hidup selalu hina azan, sekali ustaz datang..

Lelaki ‘bocor’ rahsia, rupanya sewa Vellfire lagi berbaloi dari beli, siap tunjuk bukti

Isteri ‘kantoi’ main dengan lelaki lain di ruang tamu rumah, selamat ada cctv boleh tengok..

Leave a Reply

Your email address will not be published.