Rakyat Malaysia buat petisyen mohon Agong jangan ampun Najib, dah 35K sign!

Selepas Selangor, Pulau Pinang pula tarik gelaran 'Dato Seri' Najib

Lebh 35,000 individu menandatangani petisyen dalam talian memohon Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, tidak memperkenan pengampunan diraja terhadap pemenjaraan Najib Razak berhubung kes SRC International.

Petisyen itu dimulakan kumpulan reformasi sistem pilihan raya, Bersih, di tengah-tengah gesaan daripada penyokong Najib mahu bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan diraja.

Terdahulu, kumpulan penyokong Umno menghantar memorandum kepada Istana Negara, hari ini, memohon pengampunan diberikan kepada bekas perdana menteri itu.

Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara turut menuntut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghantar surat kepada Agong memohon pengampunan kepada Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu memulakan hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, semalam, susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman. Beliau juga diperintah membayar denda RM210 juta.

Petisyen yang dilancarkan di Change.org merayu kepada Agong supaya menolak mengampun Najib kerana beliau disabit bersalah mencuri dana awam.

Katanya, bekas perdana menteri itu sudah diberikan perbicaraan adil dan proses wajar, sambil menambah rakyat terpaksa menanggung akibat kesan penyelewengan pemimpin yang dipilih.

“Rakyat sepenuh hati memohon limpah perkenan Tuanku untuk mempertimbangkan rayuan patik-patik sekalian agar sebarang permohonan ampun oleh Najib, yang telah memberi malu kepada negara ini. Sebagai negara, kita tidak boleh bertoleransi dengan korupsi walau siapa pun pelakunya.

“Biarlah Najib menjalani hukuman 12 tahun penjara dan membayar denda RM210 juta untuk dijadikan amaran kepada semua pemimpin yang sangka mereka boleh dengan korup menyalahgunakan kuasa”.

Leave a Reply

Your email address will not be published.