Rakyat tanya mana pergi bajet signbaord highway SUKE? “Kecik macam ni sapa boleh tengok!”

Pada hari Jumaat lalu, Lebuh Raya SUKE sudah mula dibuka kepada para pengguna dan tol diberikan secara percuma selama satu bulan sejak tarikh pembukaan tersebut, dan dua hari selepas itu berlakunya kemalangan pertama gara-gara Myvi meletakkan kenderaan di tepi jalan untuk melihat permandangan.

Baru-baru ini ada beberapa pengguna lebuh raya itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila mereka mendapati ada papan tanda susur keluar di atas lebuh raya itu terlalu kecil berbanding papan tanda yang ada di bawahnya.

Menurut pengguna TikTok yang memuat naik rakaman video tersebut, butiran pada papan tanda susur keluar itu hanya boleh ‘dibaca dengan jelas’ apabila pengguna sudah masuk ke dalam antara susur keluar di lorong kiri atau kanan lebuh raya tersebut.

@bob_yp Replying to @RiderKetamOren ada masa boleh try lalu, jangan salah jalan sudah. #fyp #fypシ #fypシ゚viral #bobyp #teambobyp #fastthrottle #mrsbobyp #rltracing ♬ bunyi asal – Adekkk.bongsu

Perkongsian video itu telah menarik perhatian netizen yang rata-rata rasa kurang senang dengan hasil kerja pihak bertanggungjawab. Nyata mereka, perkara tersebut boleh menyebabkan pengguna tersalah arah jalan untuk menuju ke destinasi hendak dituju dan menjadikan perjalanan menjadi lebih jauh daripada sepatutnya.

Tambah netizen lagi, mereka meminta agar orang ramai peka dengan papan tanda itu supaya tidak kelam-kabut membuat keputusan untuk memilih lorong mana yang hendak digunakan.

Dalam pada itu, ada netizen mendakwa sebelum pengguna sampai di kawasan susur keluar Hulu Langat atau Ampang itu, sudah ada papan tanda besar menunjukkan lorong tersebut menuju ke arah dua-dua lokasi tersebut.

Tambah mereka lagi, papan tanda kecil di bahagian pembahagi susur keluar itu cumalah ‘papan tanda peringatan’ sahaka.

“mana pergi bajet signbaord highway SUKE? “Kecik macam ni sapa boleh tengok!”

Ada juga netizen berpendapat papan tanda tersebut hanya boleh dibuat dengan saiz tersebut kerana saiz tiang di belakangnya untuk menampung papan tanda itu agak kecil.

Waris MH370 berang dengan teori konspirasi Princemeed, “penat tau tak nak pujuk mak aku bagi tenang!”

Konsert di Kelantan luar bidang kuasa kerajaan, kata Idris Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published.