Remaja mula berniaga sejak umur 14 tahun kini jutawan, “saya gagal semua subjek SPM”

Ramaja mula berniaga sejak umur 14 tahun kini jutawan, "saya gagal semua subjek SPM"

Ramaja mula berniaga sejak umur 14 tahun kini jutawan, “saya gagal semua subjek SPM”. RAMAI yang berpendapat bahawa kejayaan dalam peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi kayu ukur seseorang berjaya dalam hidup.

Namun, persepsi itu adakalanya tidak boleh diguna pakai kerana ada yang berjaya dalam hidup, meskipun tidak menunjukkan persembahan baik dalam pelajaran.

Menerusi laman TikTok, perkara itu didedahkan oleh seorang guru mengenai kejayaan salah seorang bekas pelajarnya yang kini menjadi seorang jutawan.

Dalam video itu, guru tersebut berkata, beliau mengenali bekas pelajar, yang dikenali sebagai Jerry ketika dia berada di Tingkatan 2.

@south88ocean JERRY SPM SEMUA FAILED APAKAH AKAN AKAN ??😭😭😭 #tiktokshopmalaysia #12crazylive #fansfesta #cozydeal ♬ original sound – South88Ocean – SouthOcean

Katanya, ketika itu, Jerry mula berjinak-jinak menjual belon ketika hari graduasi sekolah.

Guru tersebut turut mengikuti atau follow laman Facebook Jerry bagi mengikuti perkembangan perniagaan yang dijalankan.

Beliau mengakui kagum akan usaha tinggi Jerry untuk berjaya dalam hidup, meskipun gagal dalam keenam-enam subjek bagi keputusan SPM 2021.

“Tapi, sebab usaha untuk majukan diri dia, dia adalah jutawan dalam bisnes dia. Saya buat business (perniagaan) juga sebenarnya tapi saya selalu tengok FB dia. Sebenarnya, saya belajar dengan dia untuk business.

“Jadi, saya nak cakap dekat semua orang, ini bukan pengakhiran tapi permulaan untuk kamu berjaya.

“Di sekolah kamu belajar dengan saya ilmu di sekolah, tapi di luar saya rasa suatu hari nanti saya akan belajar dengan kamu ilmu business,” katanya.

Berdasarkan tinjauan Majoriti, Jerry kini menjalankan perniagaan peralatan elektronik yang terletak di Klang, Selangor.

‘Majlis 5 hari lagi, aku terkejut tahu tunang mengandung 1 bulan, aku tak pernah sentuh dia!’

Aku kandung benih kawan baik suami sendiri, 8 bulan suami dalam penjara, aku buntu..

Ini 3 kes kebakaran dikait dengan spekulasi khianat berlaku di Malaysia selain Jakel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *