Ramalan lelaki gempa bumi besar bakal melanda Turkeye tepat

Ramalan lelaki gempa bumi besar bakal melanda Turkeye tepat

Ramalan lelaki gempa bumi besar bakal melanda Turkeye tepat. Tweet lelaki ini mengenai gempa bumi di selatan Turkiye, tiga hari lalu yang menjadi nyata, bukanlah dari sekadar tembakan yang kena sasarannya.

Apa yang diterangkan adalah berdasarkan kajiannya tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 115 dan 526 di kawasan itu sesudah berlaku kesejajaran planet-planet tertentu seperti yang berlaku beberapa hari lalu.

Namun beliau yang berkerja dengan Solar System Geomatry Survey (SSGEOS) dicap sebagai saintis pseudo oleh macam biasa, kebanyakan yang menolak kaitan fizik tatasurya kepada aktiviti perut bumi.

Bagi saya, sekiranya sesuatu kajian itu membawa bandingan dari zaman silam, bermakna kajiannya sudah agak mendalam kerana melibatkan sesuatu kitar. Jadi, tidak salah untuk menyebut ia mempunyai asas untuk diberi perhatian kerana ia bukan hasil nujum dan mimpi.

Apatah pula, ulasan beliau dibuat ketika berlaku gempa magnitud 4.4 di kawasan tersebut tiga hari lepas. Manakala berkait ramalannya dia hanya menyebut ‘lambat laun akan terjadi’. Kebiasaan gempa di Turki kerap terjadi di zon sesar utara negara tersebut.

Maka tentulah bermulanya aktiviti di kawasan tersebut telah mencetus tweetnya yang bersandar kajiannya.

Kesimpulannya, kuasa Allah untuk mendatangkannya, seperti kuasa Allah jua yang memberi ilham tentang kedatangan gempa itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya melalui anggaran-anggaran dari sukatan pengetahuan yang tertentu.

Maka tidak pelik untuk pengkaji meramal sedemikian lalu terjadi. Kerana kerjanya mengkaji.

Kecuali jika ia ramalan dan terjadi hasil tweet oleh orang awam yang apa pun dia tak peduli, satu benda pun dia tak mengerti.

Padah campur duit kertas dengan syiling, habis ribuan duit aku dalam tabung

Kecoh gambar Bung Mokhtar tengah main judi, siap ada acip RM50K atas meja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *