Kes skandal 1Malaysia Development Berhad masih lagi dibicarakan di mahkamah dan banyak maklumat yang mula didedahkan kepada umum.
Terbaharu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang merupakan bekas Ketua Eksekutif 1MDB mendedahkan dokumen dimana Tareq Obaid telah pergunakan dana 1MDB yang dipinjamkan kepada syarikatnya, PetroSaudi International LtD (PSI).
Dokumen tersebut agak mengejutkan ramai pihak apabila sebanyak $17,000 (~RM70,000) telah dibelanjakan untuk membayar kopi berjenama Starbucks. Untuk pengetahuan anda, pendedahan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pihak pendakwaan dan pembelaan ketika mereka sedang meneliti dokumen ‘jejak duit’ 1MDB yang di pinjamkan kepada PSI.
Sebelum ini, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi telah mengaku menerima gaji RM99,000 sebulan dan bonus sebanyak RM1.44 juta dan juga mendedahkan bahawa beliau hanya ketahui pada tahun lepas bahawa wang sebanyak $700,000 (~RM2.93 bilion) telah dipindahkan ke akaun Jho Low.
-Recap Berita tahun 2019-
Baca:
Keadilan islam tidak beri istimewa kepada sesiapa pun – Agong
Artis Malaysia muka ‘innocent’ rupanya ketagih video lucah, dia ni rupanya..