Ronaldo hilang anak lelaki

Ronaldo hilang anak lelaki.

Cristiano Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodriguez mengumumkan bayi mereka yang baru lahir meninggal dunia.

Ronaldo mendedahkan di media sosial pada Oktober lalu yang pasangannya Rodriguez mengandung anak kembar.

Dalam satu status dimuat naik penyerang Manchester United itu semalam, dia mengesahkan pasangannya selamat melahirkan bayi perempuan tetapi kembarnya, bayi lelaki meninggal dunia.

“Dukacita dimaklumkan yang bayi lelaki kami meninggal dunia. Ia kesedihan yang perit buat mana-mana ibu bapa. Hanya kelahiran bayi perempuan kami memberikan kami kekuatan untuk mengharungi saat ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat di atas sokongan dan khidmat mereka. Kami bersedih di atas kehilangan ini dan memohon tidak diganggu dalam saat sukar ini,” kata Ronaldo dan Rodriguez dalam satu kenyataan bersama.

Pasangan itu, yang berkenalan ketika Ronaldo di Real Madrid, mempunyai anak perempuan berusia empat tahun, manakala Ronaldo mempunyai tiga anak lain.

“Penderitaan anda penderitaan kami juga. Semoga anda dan keluarga tabah menghadapi situasi ini,” kata Manchester United.

BACA: 

Gerai terpaksa tutup akibat sihir, ini luahan Chef Ammar

Rahsia terbongkar..anak angkat kami rupanya anak suami dengan ‘skandalnya’

Dakwaan Siti Bainun anak angkatnya, Zahid Hamidi akhirnya buka mulut

Leave a Reply

Your email address will not be published.