Rosmah gagal menahan air mata ketika bercakap di mahkamah hari ini.
Dia berkata amat sedih dengan keputusan hari ini tetapi menghormati keputusan yang telah dibuat mahkamah itu.
Katanya lagi, dia sentiasa memberitahu peguamnya untuk hanya bercakap benar, seperti mana dia mengajar perkara yang sama kepada anak-anaknya.
Beliau dalam tangisannya berkata dia tidak pernah mengambil walau satu sen daripada projek projek solar hibrid.
Begitu juga dengan jutaan dana untuk Permata dan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), katanya lagi.
Rosmah Mansor mendakwa dia adalah mangsa dalam kes projek solar hibrid dan pihak yang benar-benar bersalah masih lagi bebas pada masa ini.
Dia juga berharap mahkamah dapat memberi belas ihsan kepadanya sebagai seorang manusia.
“Apa yang berlaku kepada saya boleh berlaku kepada anda, anak anda, cucu anda kemudian. Saya mangsa dalam semua ini.
“Anda telah lakukannya kepada suami saya dan anda mahu keluarga saya menderita.
“Tolong ambil kira saya yang menggantikan peranan ketua keluarga,” katanya dengan teresak-esak.
Suaminya, Najib Razak kini menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.