‘Rupanya dah selalu ‘jadi’ tapi… ‘, isteri pegawai RAMD 21 bongkar cerita sebenar
Berdasarkan dialog percakapan dua daripada empat wanita terbabit, mereka dipercayai penduduk tempatan. Turut kelihatan dinding belakang yang tertera ’21 RMR’ deengan corak bata merah.
Sumber mendakwa, gambar latar belakang itu sama dengan gambar lain yang menunjukkan sekumpulan wanita sedang menjamu selera di tempat yang sama seperti gambar tular itu.
“Pada 29 Jun 2022, telah diadakan jamuan makan malam di situ seperti yang diberitahu, tetapi sebenarnya itu tipu. Saya melihat terdapat perempuan dari luar yang dibawa masuk oleh prebet ke dalam Mess atas arahan pegawai yang berada di Mess itu,” katanya yang turut mengakui mempunyai video dan bukti bagi menyokong dakwaannya.
Difahamkan, pengadu telah membuat aduan mengikut saluran dan berharap tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat. Malah, dia nekad menularkan aktiviti tidak bermoral itu di media sosial sekiranya pihak atasan tidak melakukan sesuatu.
“Kem askar adalah tempat titik peluh di mana setiap askar sanggup berjuang demi negara, bukan berhibur bersama perempuan,” ujarnya.
Setakat ini, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia dan Menteri Hishamuddin Hussein, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.