Rupanya patung buddha di Kelantan lagi besar dari patung Jesus di Brazil, tergamam netizen dapat tahu

Rupanya patung buddha di Kelantan lagi besar dari patung Jesus di Brazil, tergamam netizen dapat tahu. Sebut sahaja Kelantan, kita tahu ia adalah sebuah negeri yang terkenal dengan ajaran Islam yang subur mekar berkembang di setiap pelusuk kawasan dan kampung-kampung di Kelantan.

Ia sering dipanggil serambi mekah oleh sesetengah orang dan kebanyakan mereka yang datang ke sini sering mempelajari agama Islam di beberapa sekolah.

Bagaimanapun, Kelantan rupanya mempunyai keunikan yang baru disedari ramai. Kepelbagaian agama yang diraikan di negeri ini baru diketahui oleh netizen di Twitter apabila salah seorang pengguna media sosial memberitahu bahawa patung Buddha yang ada di Kelantan rupanya adalah lebih tinggi daripada patung Jesus yang ada di Rio de Janeiro.

Dalam ciapan yang dibuat oleh @Elill, beliau berkata, “Hari ini saya mendapat tahu bahawa Wat Phothikyan Phutthaktham, patung Buddha di Kelantan lebih tinggi daripada Christ the Redeemer di Rio De Janeiro,” katanya sambil memuat naik gambar perbezaan antara kedua patung.

Melalui pemerhatian The Vocket, gambar yang diambil oleh beliau sebenarnya adalah daripada klip video di YouTube yang menyenaraikan patung tertinggi di dunia. Patung Buddha yang terletak di Kelantan disenaraikan sebagai patung ke-16 daripada 22 patung yang disenaraikan.

Klip itu menyenaraikan patung Statue of Unity di India sebagai patung tertinggi di dunia, diikuti oleh Spring Temple Buddha di China dan Lakyyun Sekkya di Myanmar sebagai antara tiga patung tertinggi dunia.

Ciapan Elill itu mendapat perhatian netizen di Twitter, kebanyakan mereka kagum kerana patung Buddha yang terletak di Bachok, Kelantan itu tersenarai sebagai antara patung tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen turut bertanya kenapa patung agama Hindu di Batu Caves tidak tersenarai.

Untuk rekod, patung Buddha tersebut terletak di sebuah kuil yang terletak Kampung Balai, Bachok, Kelantan. Ia lebih dikenali sebagai Wat Balai, Wat Dua Naga atau Kuil Naga kepada penduduk tempatan, kerana sepasang naga mengapit pintu masuk. Difahamkan bahawa kuil ini telah mengalami revolusi binaan yang panjang sejak berpuluh tahun yang lalu.

Pemilik fesyen pakaian jadi orang terkaya dunia kalahkan Elon Musk

Dulu jutawan terkenal, kini terpaksa jual makanan tepi jalan nak bayar hutang RM29 Juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *