Rupanya selebriti ditangkap buat amang seksual ustaz dari program realiti?

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai laporan selebriti lelaki terkenal ditahan polis dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Selebriti lelaki itu telah dihadapkan ke Mahkamah Klang, Selangor pagi Khamis lalu dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan kes tersebut.

Terbaru, tular perkongsian di Twitter mendakwa suspek berusia 40 an itu adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang membawakan watak memberi nasihat. Selain itu, suspek pernah memenangi program berkaitan ummah dalam penglibatan kariernya.

Perkongsian di Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa individu yang dimaksudkan itu adalah seorang PU.

Tidak kurang juga, hasil tinjauan netizen mendapati selebtiti itu tidak muncul di segmen pagi di radio sejak semalam.

Dalam pada itu, ada yang memuat naik paparan biodata dan maklumat mengenai selebriti itu yang diambil di Wikipedia dimana memberi hint pada ciri-ciri yang dimaksudkan.

Angkara peniaga jeruk mangga tepi jalan, motor kemalangan dengan Nissan X-Trail

Ustazah cantik dari Malaysia ini nekad buat rumah sendiri, “tak ada bejet upah orang”

Leave a Reply

Your email address will not be published.