Rupanya sewa Vellfire lagi berbaloi dari beli, lelaki ni siap tunjuk bukti

Rupanya sewa Vellfire lagi berbaloi dari beli, lelaki ni siap tunjuk bukti

Rupanya sewa Vellfire lagi berbaloi dari beli, lelaki ni siap tunjuk bukti.Toyota Vellfire boleh dikatakan sebagai satu kenderaan MPV kegilaan ramai terutamanya bagi golongan usahawan. Ia bagaikan satu lambang kejayaan selepas berjaya memajukan perniagaan milik mereka.

Ada juga yang membelinya demi memberi keselesaan kepada keluarga. Namun, Fairus Mohd Tabiee telah membuat satu hantaran selepas berjaya memiliki Toyota Vellfire. Jom kita ikuti apa yang beliau kongsikan.

Tulisan ini adalah kepada mereka yang bercita-cita ingin memiliki Vellfire baru. Moga dapat ambil menfaatnya. Kongsikan tulisan ini kepada pasangan korang. Biar tulisan ini bercakap untuk pihak kalian

Bawa Vellfire balik kampung dengan ahli keluarga tu memang best. Kereta besar, selesa, anak-anak seronok dan boleh punggah banyak barang. Ini adalah MPV terbaik kegilaan ramai orang. Siapa yang dah pakai Vellfire, susah nak downgrade ke MPV lain.

So matlamat utama memiliki sebuah Vellfire adalah KESELESAAN. Ingat, KESELESAAN.

Beberapa bulan lepas, aku jumpa seorang sahabat. Umurnya sudah lebih 50 tahun. Investment beliau merata tempat. Beliau adalah orang yang success, namun hidup low profile. Duduk rumah pun income beratus ribu sebulan. Jangan risau, beliau bukan trader forex.

Beliau telah kongsikan sesuatu yang menyebabkan aku berfikir panjang. Padahal benda itu aku dah sedar lama, cuma aku tak jumpa orang yang praktikkannya lagi. Bila sahabat aku yang jauh lebih success dari aku buat benda ni, menung juga aku sekejap.

Katanya,

Lelaki tunjuk bukti sewa Vellfire lagi berbaloi dari beli
“Matematik tidak pernah menipu kita. Ilmu matematik ada banyak dalam al-Quran. Cuma kau gunakan ilmu ini untuk hidup, atau kau gunakan ilmu ini untuk nafsu”.

Fuh, dalam kata-kata dia. Terkesima aku.

Jom aku kongsikan.

1. Jika kita beli Vellfire recond 2.5CC 2019 harganya sekitar RM250,000 waktu ini.

RM3,000 sebulan pinjaman (RM36,000 setahun).
RM7,000 setahun insuran.
RM780 setahun cukai jalan.
RM400 purata maintanance (RM4,800 setahun)

Ini tidak termasuk upgrading, sport rim, sound system, ekzos dan sebagainya yang lazim dibuat oleh pemilik kenderaan ini.

Jumlah kos yang kita keluarkan setahun untuk memiliki sebuah kenderaan ini ialah RM48,580.

Jika kenderaan ini kita gunakan selama 9 tahun, kos keseluruhan adalah sebanyak RM437,220 (+/- harga insuran mengikut nilai kenderaan).

2. Kenderaan ini akhirnya akan outdated juga nanti dan pasti ada keluaran baru yang lebih menawan. Waktu itu jiwa kita meronta-ronta untuk memiliki keluaran baru pula. Itulah sifat manusia.

3. Secara purata, aku sendiri balik ke kampung 6 kali dalam setahun. Setiap kali balik, aku akan spend maksimum 4 hari menjadikan setahun hanya selama 24 hari.

4. Dalam setahun, purata aku bawa anak-anak berjalan jauh dan bermalam 2 kali dan rata-ratanya hanya 2 hari. So aku gunakan Vellfire ini untuk bercuti bersama keluarga hanya 4 hari sahaja.

5. Keseluruhan penggunaan kenderaan Vellfire ini dalam lingkungan 28 hari dalam setahun. Selain dari itu, kenderaan ini hanya di parking dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Saiznya besar dan penggunaan petrol yang tidak ekonomi. Under utilize.

6. Waktu ini, Vellfire baru boleh disewa dengan kadar RM700 sehari. Untuk kegunaan selama 28 hari kita hanya perlu kos sewaan RM19,600 sahaja tanpa memikirkan keperluan baik pulih, road tax, insurans, tayar dan sebagainya. Kita spend hanya 40% sahaja berbanding memilikinya secara total.

7. Bila aku argue hal ini, sahabat tadi ingatkan semula pada aku,

“Matlamat kau memandu Vellfire untuk apa? Kau dapat tak KESELESAAN yang kau mahukan tadi?

Adakah perlu kau miliki?”.

Berfikir secara realistik itu sebenarnya mudah sahaja, tetapi berfikir dengan nafsu dan kehendak itu yang susah.

Banyak ilmu dan pengalaman yang aku belajar dari sahabat ini, kali ini aku mahu cuba praktikkannya sendiri.

Harap-harap aku tak tergoda dengan amoi seksi pakai skirt pendek di use car lagi. Nampak gayanya burn lah deposit aku kat use car tu.

Mimi Lana dikecam jadi model pakaian dalam, – “aku perati je pusat dia ni..”

Syamsul Yusof dah ada ladang sendiri sekarang, “Musang King tu bro!”

Young Shefura disahkan gugur