Sabun ada serbuk emas dan berlian ini diiktiraf paling mahal di dunia

Sabun ada serbuk emas dan berlian ini diiktiraf paling mahal di dunia

Sabun ada serbuk emas dan berlian ini diiktiraf paling mahal di dunia. Sebuah syarikat pembuat sabun memberi kejutan di mana menjual salah satu sabun termahal di dunia yang bernilai $2800 (RM11451).

Bahkan, syarikat berkenan juga menghasilkan pelbagai jenis sabun mewah dan produk penjagaan kulit yang mengandungi minyak pati serta wangian semula jadi.

Sabun tersebut dijual di beberapa kedai paling eksklusif di Dubai dan UAE tetapi produk yang paling mahal hanya akan ditawarkan kepada pelanggan tertentu sahaja.

Sabun ada serbuk emas dan berlian ini diiktiraf paling mahal di dunia

Buat pertama kali sabun termahal dihasilkan sekitar tahun 2013 sebagai hadiah kepada Wanita Pertama Qatar, Moza Naser. Walaupun sekali pandang kelihatan seperti kepingan keju yang mahal tetapi ia mengandungi serbuk emas dan berlian.

Melalui video, Ketua Pegawai Eksekutif, Amir Hasen telah menawarkan sabun paling mahal di dunia kepada artis tersohor Bahrain Shaila Sabt. Anda dapat lihat, sabun tersebut bukan sahaja dihiasi nama penerima malah dilapisi serbuk berlian dan emas 24 karat.

“Sabun termahal bukan kerana hanya mengandungi serbuk emas dan berlian malah memberi kesan pada psikologi dan rohani pengguna,” kata Amir Hasen.

Berbillion harta karun milik Sultan Melaka ditemui, ada 84 peti semua

Sedih kawan berhenti sekolah sebab tak mampu bayar yuran, budak ni nekad menabung tolong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *