“Sains boleh rosakkan akidah” – Penjelasan lelaki ini buat kita terfikir dua kali. Ilmu sains merupakan ilmu fardhu kifayah yang bukan menjadi penghalang umat Islam tetapi menjadi jambatan dalam membantu kehidupan manusia.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @ezzul_harris telah berkongsi sebuah video dimana dia mendakwa bahawa ilmu sains yang dibelajar di sekolah adalah sihir.
Menerusi video tersebut, lelaki itu juga mengatakan bahawa pelajari sains boleh merosakkan akidah. Tambahnya, di akhir zaman Dajjal akan datang dengan sihir hebat iaitu teknologi advanced.
@ezzul_harris #sihir #Sainsitusihir #sihirsains #sains #sihirakhirzaman #akhirzaman #fitnah #fitnahakhirzaman #7perkaramembinasakan ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna TikTok tersebut dimana dirasakan tidak masuk akal.
Terkejut Tentera Laut jumpa emas bernilai lebih RM74 Billion dalam kapal karam
Pelanggan tegur pekerja restoran wanita senyum-senyum dekat suaminya, habis kecoh