Saintis dedah tarikh berlakunya kiamat, dalam masa terdekat

Saintis dedah tarikh berlakunya kiamat, dalam masa terdekat.

Seorang saintis memberi amaran bahawa kepupusan umat manusia boleh berlaku antara satu atau dua abad lagi akibat jumlah karbon yang terdapat di dalam lautan, lapor akhbar Daily Star.

Profesor geofizik di Institut Teknologi Massachusetts, Daniel Rothman memberi amaran bahawa paras kritikal unsur tersebut di laut adalah kira-kira 300 gigaton dalam masa satu abad. Satu gigaton adalah menyamai satu bilion metrik tan.

Bagaimanapun, katanya, menjelang tahun 2100, unsur karbon di laut dijangka mencecah 500 gigaton.

Rough seas prevented the ship come conducting operations.

Saintis ramal kiamat bakal berlaku satu atau dua dekad lagi

Saintis mengatakan bahawa Bumi mungkin sudah pun mengalami acara kepupusan tanpa disedari.

Sebaik sahaja paras kritikal tersebut dilepasi, huru-hara akan berlaku di planet ini dan umat manusia akan pupus.

Malah, beliau mengatakan, memandangkan proses itu tidak berlaku dalam tempoh satu malam, manusia akan menyedari perkara itu hanya apabila ia sudah terlambat.

“Apa yang kita lihat sekarang adalah amat serius.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu berapa banyak yang diperlukan untuk meletakkan kita pada titik puncak yang akan mewujudkan malapetaka global untuk ekosistem global,” katanya.

Rothman menambah, jumlah besar karbon yang dipam ke atmosfera boleh menyebabkan gangguan yang tidak dapat dibayangkan.

“Setiap kali terdapat peristiwa besar dalam sejarah kehidupan, terdapat juga gangguan besar yang berlaku terhadap alam sekitar. Kombinasi seperti ini cenderung berlaku,” jelasnya.

Jika jumlah karbon di lautan terus meningkat pada kadar yang tetap ia boleh melepasi ambang kritikal yang menjadikan lautan terlalu berasid untuk dihuni oleh ikan.

Unsur itu amat penting sehingga empat daripada lima kejadian kepupusan besar-besaran di Bumi dikaitkan dengannya.

BACA LAGI:

Wanita hampir ‘flush’ bayi dalam jamban, tak sedar tengah mengandung

Isteri kantoi ‘main’ dengan lelaki lain, suami ada sebelah je.

Lelaki ini dedah ada Ustaz Selebriti Malaysia ajar murid perempuan cium kakinya

Leave a Reply

Your email address will not be published.