Sanusi tak puas hati kalah dengan JDT malam tadi, buat hantaran perli

Sanusi tak pusa hati kalah dengan JDT malam tadi, buat hantaran perli

Sanusi tak puas hati kalah dengan JDT malam tadi, buat hantaran perli. Ada nada tidak puas hati diluahkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas pasukannya tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Darul Aman malam tadi.

Menerusi hantaran di laman facebook milik beliau, Sanusi terlebih dahulu mengucapkan tahniah buat JDT yang menang mengatasi Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Sanusi tak pusa hati kalah dengan JDT malam tadi, buat hantaran perli

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada pemain dan penyokong kelab itu yang dikatakan sudah memberikan komitmen terbaik.

Bagaimanapun menerusi hantaran yang memuatkan video aksi perlawanan itu juga, Sanusi seakan mempersoalkan keputusan perlawanan dengan mendakwa gol dijaringkan lawan itu ofsaid selain lawan pula diberikan penalti.

“Tahniah JDT yang menang menentang KDAFC malam ini. Tahniah juga pemain dan penyokong KDAFC yang telah memberi komitmen terbaik. Kalah takpa jangan koyak.

“Lepas off-side dan dapat penalti dalam bolasepak memang ada juai di kedai tepi jalan di Kelana Jaya” – kata kenyataan berkenaan diikuti emoji ketawa.

Selepas lapan jam, kenyataan berkenaan mendapat 8,900 tanda likes, 4,700 komen selain dikongsi sebanyak 293 kali.

Pada malam tadi, Kedah terpaksa akur dengan kehebatan JDT apabila tunduk 1-3 di Stadium Darul Aman.

Beraksi di hadapan hampir 15,000 penyokong di laman sendiri buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun, Kedah turun dengan semangat mahu mencalar rekod tanpa kalah JDT yang kebal dalam 18 perlawanan.

“Tak terima alter seluar ketat untuk perempuan”, kedai jahit ni dipuji tak nak kongsi dosa

Tarikh penting bantuan kerajaan bulan Oktober 2022, semak sekarang

Emma Maembong sakan parti di kelab malam, siap laga pipi dan peluk lelaki lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *