Satu dalam sejuta, bayi dilahirkan dengan dua zakar, pengsan mak ayah..

Satu dalam sejuta, bayi dilahirkan dengan dua zakar, pengsan mak ayah. Seorang bayi lelaki di Sao Paulo, Brazil dilapor lahir dengan memiliki dua zakar yang masing-masing bersaiz kecil dan besar, lapor Mirror.

Bagaimanapun salah satu zakarnya yang bersaiz besar terpaksa dipotong dan dibuang kerana dibimbangi mendapat risiko kesihatan.

Menurut Mirror, kelahiran unik yang digelar sebagai Diphallia itu merupakan keadaan yang jarang berlaku dan hanya terjadi satu dalam sejuta.

Difahamkan, pakar perubatan di sana pada awalnya bercadang untuk membiarkan sahaja zakar di sebelah kiri yang lebih besar itu ‘hidup’ normal.

Namun, prosedur tersebut diubah selepas ibu bayi berkenaan bimbang anak kecilnya itu hanya mampu mengeluarkan air kencing melalui zakar sebelah kanan sahaja.

Kebimbangan itu tercetus selepas ibu tersebut mengetahui kes seorang kanak-kanak di Iraq yang lahir dengan tiga zakar dan mengalami kecacatan yang dipanggil Triphalia.

Sehubungan itu, prosedur pembedahan buang sebelah zakar yang dilakukan pakar Universiti Persekutuan Sao Paulo itu akhirnya berjaya dijalankan dan bayi tersebut selamat.

 

Kes pertama dikesan pada 1600-an

Sementara itu, merujuk butiran laporan terkini Journal of Pedriatic Urology seperti yang dilapor Mirror, kes pertama Diphallia dikesan pada sekitar 1600-an dahulu.

“Diphallia adalah perkara yang jarang berlaku dan ia mempunyai pelbagai saiz dan bentuk untuk ‘melengkapi’ penduaan (zakar).

“Kami memperlihatkan seorang budak lelaki berusia dua tahun dengan ketumbuhan sama zakar yang lengkap, zakar kiri adalah lebih besar.

Nuclear Magnetic Resonance mencadangkan satu ‘badan korporal’ untuk setiap zakar.

“Voiding Cystourethrogram (VCUG) menunjukkan uretra normal pada zakar kanan, manakala ketegangan pada uretra kelenjar serta pertengahan zakar pada zakar kiri.

Cistoscopy (salah satu prosedur yang menggunakan kamera kecil) melalui zakar kanan mengenal pasti pertemuan uretra di kawasan bulbar (kerosakan dua hala fungsi saraf kranial bawah).

“Kami juga melakukan meatotomy pada zakar kiri untuk memasukkan cystoscope dan mengesahkan uretra yang berakhir buta.

“Jadi, kami memutuskan untuk keluarkan zakar ini. Ia diluruskan sepenuhnya dan seterusnya diapit untuk keluarkan ‘korpora’ di pangkalnya,” jelas laporan jurnal itu, lapor Mirror.

BACA LAGI:

Bakal pengantin usia 23 tahun kena raba, rogol oleh bomoh dari Kelantan

Gila..Cucu nekad simpan mayat nenek berbulan-bulan dalam peti ais, sekali ini yang jadi

Pelik anak perempuan belum balik tarawih, rupanya kena cabul dengan pakcik tua ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.