“Saya dah tak ada duit nak makan..” – Pelajar tinggal nota meruntun jiwa

Pelajar tinggal nota meruntun jiwa, "saya dah berhari tak ada duit nak makan"

“Saya dah tak ada duit nak makan..” – Pelajar tinggal nota meruntun jiwa. ”Saya dah berhari tak ada duit untuk makan.. terima kasih banyak..” antara bait ayat pada sekeping nota dalam keratan kertas separuh koyak yang ternyata menyentuh hati.

Nota yang ditulis oleh seorang mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dijumpai di sebuah kios makanan oleh sukarelawan yang bertanggungjawab menyediakan makanan percuma kepada pelajar di situ.

”Assalamualaikum… terima kasih pada pihak yang memberikan free food. Saya dah berhari tak ada duit untuk makan. Terima kasih banyak. Saya dapat makan hari ni. Saya ambil lebih 1. Terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki tuan/puan. Pelajar UMT,” tulis nota tersebut.

”Terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan kepada yang kurang kemampuan seperti saya. Semoga anda dimurahkan rezeki, assalamualaikum,” tulis seorang mahasiswa.

Secebis kisah ini membuktikan bahawa isu mahasiswa yang terpaksa mengikat perut kerana kekangan kewangan seperti yang tular sebelum ini, tidak harus dipandang remeh.

Kos sara hidup yang meningkat menyebabkan sebilangan golongan mahasiswa turut terkena tempiasnya dan perlu berjimat-cermat demi memastikan wang pinjaman yang diterima cukup sehingga habis semester.

Bukan semua mereka yang bergelar mahasiswa berasal daripada golongan yang berkemampuan apatah lagi jika tinggal di ibu kota yang pastinya menelan perbelanjaan yang bukan sedikit.

Oleh itu, projek Act of Kindness – AOK dan Gerobok Rezeki (GR) telah ditubuhkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam usaha membantu pelajar mereka yang tidak berkemampuan ini.

Hasil usaha dan sumbangan oleh kakitangan universiti sendiri, kini mereka mampu menyediakan tiga kios khas untuk meletakkan makanan percuma sejak tahun lalu.

Tidak cukup dengan makanan, pelajar juga boleh mendapatkan keperluan harian asas seperti beras, tepung, susu, teh, kicap, sos, ubat gigi, sabun serta pelbagai keperluan lain lagi di kios yang dinamakan Gerobok Rezeki.

Moga usaha yang dilakukan ini menjadi satu contoh kepada semua pihak di luar sana dalam memastikan soal makan minum mahasiswa terjamin. Inisiatif ini juga menjadi bukti bahawa tanggungjawab sosial bukan lagi satu pilihan tetapi tindakan yang perlu dilakukan. Tahniah.

Harta karun berbillion ringgit milik Sultan terakhir Melaka dijumpai

Sekelip mata boleh jadi kaya jika ada duit kertas RM1 lama

Nasi Lemak paling mahal di dunia ditemui, nak pengsan tengok harga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *