“Saya sedia dipecat, tidak akan bersama PH” – Ismail Sabri. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan bersedia untuk dipecat, lapor Bernama.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh anaknya, Nina Ismail Sabri menerusi Instagram Story pada hari ini.
Nina telah memuat naik satu tangkap layar yang memaparkan perbualan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dalam aplikasi WhatsApp.
“Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip,” kata Nina menerusi kiriman itu
Pemimpin GPS tegaskan belum buat keputusan akhir bersama PN, mungkin sokong Anwar