“Saya utamakan kes Bung dan Zizie” – Hakim

"Saya utamakan kes Bung dan Zizie" - Hakim

Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menetapkan tarikh perbicaraan kes bela diri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bermula 23 September ini.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan berlangsung selama 14 hari dengan tarikh-tarikh lain iaitu 26 September, 14 dan 28 Oktober, 21 dan 30 November, 1 dan 7 Disember serta 3 dan 9 hingga 13 Januari 2023.

Semasa prosiding, Hakim Rozina Ayob berkata, mahkamah merasakan prosiding wajar dijalankan pada bulan ini.

Saya mahu perbicaraan pada bulan ini, saya beri keutamaan kepada kes Bung Moktar, Zizie Ezette ini,” katanya.

Bagaimanapun peguam, Datuk K Kumaraendran yang mewakili Zizie Izette berkata, beliau mempunyai kes-kes di mahkamah lain.

“Mengapa mahkamah perlu tergesa-gesa untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada bulan ini.

“Saya mempunya perbicaraan kes lain yang sama penting dengan kes ini, malah ada anak guam saya dituduh dengan peruntukan hukuman mati, jadi mereka juga perlu diberi peluang agar kes mereka didengar seawal mungkin,” katanya.

Kumaraendran: Adakah saya perlu tangguh kes semata-mata untuk kes Datuk Seri Bung Moktar dan Datin Seri Zizie Izette?

Kumaraendran: Semua kes itu sudah ditetapkan lebih awal, anak guam saya yang lain juga perlu diberi keutamaan daripada kes ini, tetapi malangnya kami tak boleh tangguh kes lain semata-mata kes ini, kami juga perlukan masa untuk bersedia, kami tak mahu dituduh hadir ke mahkamah tanpa persediaan.

Rozina: Memandangkan kita akan tengok diari, saya tangguh dulu prosiding ini, saya nak jumpa kedua-dua pihak bawa diari masing-masing, kita rujuk sama-sama, ia lebih mudah.

Sementara itu, peguam M Athimulan, yang mewakili Bung Moktar memberitahu mahkamah, seramai lapan saksi termasuk anak guamnya, akan memberi keterangan.

Bagi Zizie Izette pula, beliau berkata, hanya dua saksi termasuk pelakon itu, akan memberi keterangan pada perbicaraan kelak.

Baca: Anak kandung Rosmah sokong mahkamah jatuhkan hukuman pada ibunya

Hina PM: “Tiada pendapatan tetap sebagai penjual sate”, Lokman Adam minta ikat jamin dikurangkan

Azalina Othman letak jawatan penasihat khas PM

2 thoughts on ““Saya utamakan kes Bung dan Zizie” – Hakim

Leave a Reply

Your email address will not be published.