“Sebab gadis umur 15 tahun aku kena cerai 2 kali dengan suami”, siap tunjuk bukti

Sebab budak perempuan umur 15 tahun aku kena cerai 2 kali, siap tunjuk bukti. Dalam setiap perhubungan, kepercayaan dan komunikasi merupakan perkara yang sangat penting untuk mengekalkan keharmonian.

Tapi bila dah dapat kepercayaan tu, janganlah pula mengambil kesempatan dengan berlaku curang di belakang pasangan masing-masing.

Seperti video viral di TikTok ini, seorang wanita mendedahkan bahawa rumahtangganya retak disebabkan seorang gadis berusia 15 tahun.

Dalam perkongsian itu, wanita ini mendakwa dia sudah dua kali diceraikan dan tetap memberi peluang kepada suami untuk berubah. Namun, suaminya dikatakan kembali berhubung dengan gadis itu dengan alasan bertanya khabar.

“Pernah porak perandakan rumahtangga aku. Dari bulan 9/2021 hingga bulan 1/2022, aku maafkan. Laki aku pun masa tu dah dapat balasan. Tapi diam-diam korang contact balik tanya khabar la konon! Bulan Mei 2022 masih berhubung eh, sampai family betina ni cakap aku tak pandai jaga laki ke? Tolong viralkan. Aku penat dah ni.”

Wanita ini dikatakan sudah memberi amaran tetapi tidak diendahkan. Setakat ini video telah mendapat lebih 500,000 tontonan di TikTok. Ruangan komen bagaimanapun ditutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *