Sekumpulan angkasawan mungkin terpaksa ditinggalkan selepas terkandas di angkasa lepas

Sekumpulan angkasawan mungkin terpaksa ditinggalkan selepas terkandas di angkasa lepas. 7 angkasawan terperangkap di orbit mengelilingi Bumi selepas kapal angkasa mereka mengalami kerosakan yang teruk. Kapal penyelamat difahamkan sudah bersedia untuk membawa mereka pulang, bagaimanapun 3 daripada angkasawan terbabit terpaksa ditinggalkan kerana kapal tersebut hanya mempunyai 4 kerusi.

Situasi ini bunyinya seakan filem Hollywood, di mana nasib Bruce Willis dalam Armageddon atau George Clooney dan Sandra Bullock dalam Gravity. Bagaimanapun, ini adalah dilema sebenar yang mungkin dihadapi angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa selepas kapsul Soyuz Rusia rosak teruk sehingga tidak dapat dibaiki.

Angkasawan Rusia Dmitry Petelin dan Sergey Prokopyev serta angkasawan Nasa Frank Rubio tiba di ISS pada September dengan kapal Soyuz yang dijadualkan membawa mereka pulang pada Mac. Dua minggu lalu semasa berlabuh di ISS, Soyuz mengalami kebocoran besar. Bagi pakar, situasi ini bermakna kapal tersebut tidak lagi mempunyai kemampuan untuk terbang dengan selamat.

Satu-satunya kapal angkasa lain di ISS ialah American SpaceX Dragon, yang membawa sekumpulan empat angkasawan, dua dari Nasa, Kanada dan Rusia, pada bulan Oktober.

Kini, agensi angkasa lepas Rusia Roscomos masih menilai tahap kerosakan pada Soyuz, serta mencari punca kerosakan tersebut. Kerosakan itu dianggap berpunca daripada hentaman meteorit mikro atau serpihan kecil angkasa.

Tommaso Sgobba, bekas ketua keselamatan penerbangan angkasa di Agensi Angkasa Eropah, percaya Soyuz tidak boleh digunakan. Dia memberitahu laman web Space.com, “Saya perlu mengandaikan bahawa sistem penyejuk aktif kapal angkasa Soyuz telah terjejas dan oleh itu, Soyuz tidak lagi bersedia untuk operasi. Ia adalah perasaan peribadi saya, tetapi jika ia benar, kita mempunyai masalah besar di stesen angkasa.”

‘Ingatkan kangkung, rupanya ganja’ – Ini yang jadi kepada gadis ini lepas tersalah makan

‘Ingatkan kangkung, rupanya ganja’ – Ini yang jadi kepada gadis ini lepas tersalah makan

Buggati Chiron milik TMJ adalah yang paling eksklusif dalam dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *