Selamba ubah kereta Nissan Skyline R32 jadi kereta polis, sekali PDRM dapat tahu..

Selamba ubah kereta Nissan Skyline R32 jadi kereta polis, sekali PDRM dapat tahu. SEORANG lelaki menerima padah selepas ditahan kerana mengubah suai kereta menyerupai kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pameran dalam satu ekspo kenderaan bermotor di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kenderaan jenis Nissan Skyline R32 milik individu terbabit sebelum ini menjadi tular apabila menyerupai kenderaan rasmi polis dalam ekspo tersebut.

Menurutnya, siasatan mendapati Nissan Skyline R32 itu mempunyai logo dan corak menyerupai kenderaan polis.

“Siasatan yang dijalankan berdasarkan penularan video di media sosial itu kemudian membawa kepada penangkapan suspek yang merupakan pemilik sebuah kedai aksesori kereta berumur 45 tahun dan merupakan pemilik Nissan Skyline R32 terbabit.

“Tangkapan yang dijalankan kira-kira pukul 10.30 malam itu turut merampas sebuah Nissan Skyline R32, satu rangkai kunci dan sekeping slip penyertaan pameran,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan lanjut berkaitan kes tersebut masih dijalankan dan disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Pada Sabtu, tular satu video menerusi aplikasi Tik Tok yang memaparkan sebuah kereta awam menyerupai kenderaan milik polis dalam satu pameran kenderaan bermotor di Maeps.

Video berdurasi 13 saat itu dipercayai dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Tik Tok sebelum ia menjadi tular di media sosial.

Baca Juga :

Pelanggan lelaki selamba peluk pelayan wanita melayu jadi tular, “perempuan tu biar je”

Noh Omar mengamuk dengan Anwar, “Kalau saya kata dia bangang nanti..”

[Video] Wanita lintas jalan raya selamba “lari” selepas jadi punca kemalangan

Leave a Reply

Your email address will not be published.