Selepas 35 tahun, Ella akhirnya tinggalkan dunia seni, padam semua gambar di IG. Tindakan penyanyi rock, Ella menjadi perhatian ramai apabila dilihat memadam semua gambar di Instagram miliknya sekaligus mencetuskan tanda tanya peminat.
Malah, perkongsian Ella juga seakan memberi bayangan meninggalkan dunia seni apabila menzahirkan ucapan penghargaan buat peminat.
Sementara itu, memetik mStar Online, wakil pengurusan Ella dikenali sebagai Peah berkata pihaknya tidak pasti mengenai perkongsian dibuat oleh penyanyi berusia 56 tahun itu.
Menurutnya lagi, dia percaya bahawa Ella tidak akan berundur daripada industri seni dalam masa terdekat.
Saya pun tidak boleh nak komen panjang tentang tindakan memadam semua gambar di IG itu kerana ia adalah dari hati Ella sendiri. Rasanya lebih baik dia sendiri yang memberi jawapan.
“Saya tidak pasti apa yang terbuku di hatinya sekarang ini. Namun sebagai pihak pengurusan rasanya tidak mungkin dia akan mengundur diri kerana nama Ella sudah cukup sinonim dalam industri muzik,” katanya.
Tambah Peah lagi, status dimuat naik Ella itu merupakan tanda penghargaan buat para peminatnya yang telah meminati lagu-lagunya.
Makcik nasi lemak 7E buka rahsia jual makanan 4 pagi habis licin setiap hari
Wanita jumpa Nasi Lemak paling mahal di dunia, nak pengsan tengok harga