Selepas dipecat dari UMNO, ini latar belakang KJ yang tak ramai tahu.
Nama: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Nama Popular: KJ
Tarikh Lahir: 10 Januari 1976
Tempat Lahir: Bandar Kuwait, Kuwait.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar ialah anak lelaki tunggal kepada bekas diplomat, Dato’ Jamaluddin Abu Bakar, orang Melayu berketurunan Minangkabau dan Datin Dato’ Rahmah Abdul Hamid, seorang suri rumah berketurunan Melayu Kedah.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga ialah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pendidikan
2002: Felo, Pusat Pengajian Islam Oxford
1997 – 1998: Ijazah sarjana Teori Undang-Undang dan Politik Kolej Universiti London (UCL), United Kingdom (UK)
1994 – 1997: Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi, St. Hugh College, University of Oxford, United Kingdom. (UK)
Pendidikan menengah di United World College of South East Asia di Singapura
Perkahwinan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendirikan rumah tangga pada Oktober 2001 bersama pasangannya iaitu Nori Abdullah.
Hasil perkahwinan mempunyai 3 cahaya mata iaitu:-
Jibreil Ali (2007)
Timor Abdullah (2008)
Raif Averroes (2015)
Kerjaya/Perkhidmatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022: Menteri Kesihatan
Februari 2021 – Ogos 2021: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018: Menteri Belia dan Sukan
2007 – 2010: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
2003 – 2004: Timbalan Ketua Setiausaha Swasta
2003 – 2004: Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri
2003 – 2004: Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri
1999 – 2003: Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia
1998 – 1999: Wartawan (penyampai program bual bicara Dateline Malaysia & The Economist)
Politik
2008 – Kini: Ahli Parlimen (AP) Rembau
2008 – Kini: Ketua Pengerakan Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional
2004 – Kini: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau
2004 – 2008: Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia
2001 – 2004: Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
2001 – 2004: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
2000 – 2022: Ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan
Aktiviti/Kegiatan Luar
14 Januari 2015: Dinaikkan pangkat daripada pangkat ‘Kolonel’ kepada ‘Brigedier ‘Jeneral’
Januari 2014: Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang terletak di Rasah, Negeri Sembilan
2006 : Ahli Perniagaan
2004 – 2006: Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd
Anugerah/Pencapaian
Pemimpin Muda Global – Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland
Khairy Jamaluddin atau nama penuhnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang lahir pada 10 Januari 1976 merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Beliau yang biasa dikenali sebagai KJ itu merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau dari 2008 sehingga 2022.
Selepas berlakunya krisis politik di Malaysia pada tahun 2020, KJ mengambil peranan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dari Mac 2020 hingga Ogos 2021 dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Semasa berlakunya pandemik COVID-19 di Malaysia, Khairy memegang jawatan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dari Februari 2021 hingga Ogos 2021, dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan.
Menurut sumber, KJ amat popular sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi PICK, iaitu salah satu usaha terpenting dan maslahat untuk membendung pandemik COVID-19 di Malaysia.
Selain itu, bekas Ahli Parlimen Rembau ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dari Mei 2013 hingga 2018. Beliau juga merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Khairy Jamaluddin turut pernah berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO dari Mac 2009 hingga Jun 2018.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Khairy telah tewas dan kehilangan kerusi parlimennya di Sungai Buloh.
“Kalau perlu berpisah buat je” – DDNK bagi nasihat kepada Syamsul Yusof
55 senarai nama sekolah paling pelik kelakar di Malaysia, “SK Buang Sayang pun ada..”