Selepas Ustaz, guru sekolah pula didakwa cabul pelajar 12 tahun

Seorang guru lelaki dari sebuah sekolah di Langkawi ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang murid perempuan berusia 12 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, pihaknya melakukan penahanan terhadap suspek selepas menerima laporan daripada ibu bapa mangsa.

Mangsa adalah seorang murid di sebuah sekolah rendah berusia 12 tahun, mendakwa dicabul oleh guru lelaki daripada sekolah sama.

Suspek yang berusia 48 tahun itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut dan suspek ditahan reman sehingga Rabu depan untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sementara itu, Shariman Ashari meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu yang boleh mengganggu siasatan.

Baca :

Netizen kecam pengerusi Tahfiz buat lawak rogol, siap ber “ana anta”

Buat hal! Bagi kambing hadiah perkahwinan, terpaksa tambat atas pelamin takut lari

Ingatkan dapat surat cinta, wanita terkejut rupanya teman lelaki nak minta putus siap tulis karangan 7 muka surat

Leave a Reply

Your email address will not be published.