Selesai jumpa Agong, Ismail Sabri bakal umum sesuatu hari ini atau esok

Agong kecewa, tiada pilihan lain selain terpaksa perkenan bubar parlimen

Selesai jumpa Agong, Ismail Sabri bakal umum sesuatu hari ini atau esok. Parlimen bubar kekal menjadi antara topik paling hangat, baik daripada pak cik-pak cik di kedai kopi sehinggalah kepada pemerhati politik.

Menurut sumber, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H Bersamaan 2022, pagi tadi (Ahad).

Selesai jumpa Agong, Ismail Sabri bakal umum sesuatu hari ini atau esok

Sebelum ini, Ismail Sabri turut menegaskan kuasa mencadangkan pembubaran Parlimen berada sepenuhnya dalam bidang kuasa Perdana Menteri dan tiada parti politik boleh mempengaruhi keputusan itu.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu lagi, pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, yang kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sekiranya pengumuman pembubaran Parlimen dibuat sama ada hari ini atau esok, senario ini lebih kurang sama dengan situasi pada 1999.

Pada waktu itu, Parlimen dibubarkan selepas pembentangan bajet, yang mana perkara itu berlaku ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 1999.

Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mengumumkan pembubaran Parlimen sekitar 10 November 1999, selepas bajet dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober tahun sama.

Secara logik, beberapa petunjuk yang memberi bayangan bahawa PRU15 tetap akan diadakan dalam masa terdekat sebenarnya secara tidak langsung telah jelas kelihatan.

Contoh pertama, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, telah berkuat kuasa bermula 5 Oktober lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Akta A1663 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan pada 6 September lalu.

Selain itu, enam Ordinan dan Proklamasi Darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, ditamatkan berkuat kuasa Khamis lalu.

Perintah pembatalan itu dinamakan sebagai Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) dan (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah; serta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (No. 2) (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.054 Gerik, Perak.

Apa yang rakyat mahu?

Inilah persoalan yang perlu ‘ditakhtakan’ di dalam jiwa dan pemikiran ahli-ahli politik merentas semua parti politik, Apa Yang Rakyat Mahu?

Suara dan kehendak rakyat di setiap kawasan dan lokaliti perlu menjadi asas kepada tindak-tanduk dan respons para pemain politik.
Sekiranya Parlimen dibubarkan, kesediaan rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab keluar mengundi adalah nadi kepada proses demokrasi.

Rakyat menjadi hakim yang menentukan siapa wajar dipilih untuk ‘memandu’ hala tuju, menjaga kebajikan dan keselamatan bersama dalam bermasyarakat dan bernegara.

Aunty Cina besarkan gadis islam terima Anugerah Maulidur Rasul

Berlian merah jambu paling unik di dunia ini berjaya dijual RM264 Juta

Cicit-38 Nabi datang Malaysia adalah ‘scammer’? Pakar tampil dedah hal sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *