Senarai bunga paling mahal dalam dunia, cecah harga banglo semua

Senarai bunga paling mahal dalam dunia, cecah harga banglo semua. Betul ke bunga boleh cecah harga kereta?

Bunga Paling Mahal Yang Wujud Di Dunia. Mungkin ramai tertanya apa bunga paling mahal yang wujud di dunia. Ada juga yang terkilan dengan harga bunga yang sama mahal dengan harga kereta.

5. Safron Crocus


Saffron Crocus adalah sejenis bunga yang sangat cantik apabila ia tumbuh dengan baik dan mampu tumbuh sehingga 20 ke 30 sentimeter. Bunga ini memerlukan cahaya matahari secara langsung. Saffron adalah antara bahan masakan paling mahal di dunia dan usulnya ialah bahagian pada bunga ini sering digunakan sebagai rempah masakan.

Sebanyak 50,000 hingga 70,000 bunga Saffron kering diperlukan untuk menghasilkan hanya 450 gram rempah Saffron maka penghasilan rempah daripada bunga ini bukanlah mudah dan murah.

Jadi, tak menghairankanlah jika bunga berada dalam kategori bunga paling mahal di dunia, dengan harga di antara RM8,680 hingga RM11,000 sekilogram.

Cecah Harga Sebuah Banglo, Ini Adalah 5 Bunga Termahal Di Dunia Yang Anda Perlu Tahu
Safron Corcus. Ihsan daripada Gardenia.net

4. Orkid Gold of Kinbalu


Bunga ini emerlukan masa yang tersangat lama untuk mekar dan bunga ini juga dikategorikan sebagai bunga yang memerlukan kesabaran dalam mengendalikannya. Mengambil masa sehingga 15 tahun sebelum ia berbunga, spesis ini dikatakan berada di ambang kepupusan akibat penyuludup yang menjualnya secara haram yang membuatkan harganya melonjak lebih tinggi.

Bunga ini hanya boleh dilihat di kawasan berpagar di Taman Negara Kinabalu di Sabah. Jika anda ingin melihat bunga ini, anda boleh melawat Taman Negara Kinabalu sekitar bulan April atau Mei.

Nilai harga bunga ini mencecah RM27,270. Oleh itu, bunga ini mendapat gelaran ” Gold Of Kinabalu” .

3. Orkid Shenzhen Nongke

Tahukah anda harga sekuntum ini Agak menyamai harga sebuah rumah banglo mewah! Nama bunga ini diberi bersempena nama universiti yang menghasilkannya iaitu Shenzen Nongken University.

Mereka menghabiskan masa 8 tahun dalam menghasilkan bunga orkid ini dan ia telah dijual dalam satu acara lelong pada tahun 2005, dengan harga RM860,000.

Juga pernah direkodkan penjualan orkid ini dengan harga mencecah RM7 juta.

2. Mawar Juliet

Bunga mawar adalah antara bunga yang paling terkenal di dunia disebabkan oleh warnanya dan simbol yang dimilikinya. Antara bunga mawar yang terkenal dengan harganya yang sangat mahal ialah Mawar Juliet.

Mawar ini mengambil masa 15 tahun untuk dituai sebelum dipertontonkan kepada orang ramai di seluruh dunia.Mawar ini ditanam oleh David Austin, seorang pembiak rose dan penulis dari Shrosphire, England.

Bunga ini amat bernilai kerana ia jarang dasn sangat sukar untuk ditemui di dunia moden. Pada tahun 2006, David berjaya menjual bunga Mawar Juliet ini dengan harga RM66.2 juta.

1. Kadupul


Bunga Kadupul ataupun nama saintifik Epiphyllum Oxypetalum merupakan satu tanaman bunga yang termasuk dalam spesis kaktus . Ia juga mendapat gelaran “Queen of the Night”, “Flower From The Heaven” dan juga “Dutchman Pipe”.

Sebahagian besar tumbuhan kadupul terdapat di hutan hujan tropika di Sri lanka. Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang menjalar di tanah namun kadang-kala dilihat hidup melingkari pohon lain.

Bunga ini amat unik kerana ia hanya mekar pada jam 10 atau 11 malam, dan hanya selama 2 jam. Bunga ini mengeluarkan bau yang tersangat wangi ketika bunga ini mekar sebelum ia layu semula.

Walaubagaimanapun, bunga ini sangat sukar untuk dijual kerana selepas dipotong, ia hanya dapat bertahan hidup selama beberapa jam, sebelum layu. Dan alasan mengapa harganya tidak ternilai adalah ia tersangat jarang ditemui dan sukar untuk dijualbeli.

Mesti anda tidak sangka sekuntum bunga boleh mencecah harga sebuah banglo mewah kan?

“Kalau perlu berpisah buat je” – DDNK bagi nasihat kepada Syamsul Yusof

55 senarai nama sekolah paling pelik kelakar di Malaysia, “SK Buang Sayang pun ada..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *