Senarai harta terkini orang paling kaya di Malaysia, akhirnya ada melayu seorang

Senarai harta terkini orang paling kaya di Malaysia, akhirnya ada melayu seorang

Senarai harta terkini orang paling kaya di Malaysia, akhirnya ada melayu seorang. Majalah perniagaan popular Amerika Syarikat, Forbes mengeluarkan senarai bilionair dunia.

Forbes’ Real-Time Billionaires menjejaki naik turun bilionair terkaya di dunia. Platform atas talian itu menyediakan kemas kini berterusan nilai bersih dan kedudukan setiap individu yang disahkan oleh Forbes.

Ribuan bilionair telah disenaraikan, 15 daripadanya merupakan usahawan dari Malaysia yang menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan.

Pengasas Shangri-La Hotels and Resorts atau Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok berada pada kedudukan teratas orang paling kaya di Malaysia.

Menurut senarai terkini bilionair di Forbes, berikut butiran lanjut lima orang terkaya di Malaysia terkini adalah seperti berikut:

Senarai harta 15 orang paling kaya di Malaysia, nombor 13 tu dasyat habis

1.Tan Sri Robert Kuok

Berada di tangga ke-173 dunia, Tan Sri Robert Kuok, 98, adalah bilionair paling kaya di Malaysia. Taikun industri kelapa sawit, perkapalan dan hartanah itu memiliki nilai bersih AS$11.9 bilion bersamaan RM50.14 bilion.

2.Tan Sri Quek Leng Chan

Tan Sri Quek Leng Chan, 80, adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hong Leong di Malaysia dan Kumpulan Guoco di Hong Kong. Beliau berada di tempat ke 194 senarai bilionair dunia dan kedua terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$10.5 bilion (RM44.24 bilion).

3.Tan Sri Teh Hong Piow

Pengasas dan Pengerusi Public Bank Malaysia ini menduduki tempat ketiga manusia terkaya di Malaysia. Beliau menceburkan diri dalam dunia perbankan pada 1966 selepas meninggalkan jawatan Pengurus Besar di Malayan Banking Berhad. Pada usia 92 tahun, namanya berada pada kedudukan 433 dalam senarai dengan kekayaan berjumlah AS$6.1 billion (RM25.72 bilion).

4.Tan Sri Ananda Krishnan

Menduduki tempat 485 senarai Bilionair Forbes, Ananda, 83, memulakan sebuah empayar multimedia pada tahun 1990-an. Selain itu, industri minyak adalah yang pertama diceburinya. Ananda mempunyai nilai bersih AS$5.6 bilion (RM23.61 bilion).

5.Tan Sri Koon Poh Keong

Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal berusia 59 tahun ini berada di tempat ke-588 dalam senarai Bilionair Dunia 2021.Kekayaan dimiliki beliau pada tahun ini dianggarkan bernilai AS$4.9 bilion (RM20.66 bilion) hasil daripada pendapatan perniagaan aluminium yang diusahakannya.

Syarikat yang dibangunkan pada 1986 itu kini berstatus sebagai pengeluar aluminium terbesar di Asia Tenggara yang bersaing dengan pengeluar utama lain di serata dunia lain.

Selain itu, berikut senarai hartawan keenam hingga kelima belas di Malaysia:

6. Datuk Lee Yeow Chor dan Yeow Seng Lee- AS$4.7 bilion (RM19.82 bilion) – kedudukan 611 dunia

7.Tan Sri Dr Chen Lip Keong AS$3.1 bilion (RM13.07 bilion) – kedudukan 971 dunia

8.Kuan Kam Hon dan keluarga AS$2.2 bilion (RM9.28 bilion) – kedudukan 1408 dunia

9.Tan Sri Lau Cho Kun – AS$2.2 bilion (RM9.28 bilion) – kedudukan 1444 dunia

10.Tan Sri Lim Kok Thay – AS$2.0 bilion (RM8.43 bilion) – kedudukan 1491 dunia

11.Kie Chie Wong – AS$1.8 bilion (RM7.59 bilion) – kedudukan 1673 dunia

12.Tan Sri Lim Wee Chai – AS$1.7 bilion (RM7.17 bilion) – kedudukan 1717 dunia

13.Tan Sri G. Gnanalingam – AS$1.7 bilion (RM7.17 bilion) – kedudukan 1743 dunia

14.Tan Yu Yeh – $1.5 bilion (RM6.32 bilion) – kedudukan 1868 dunia

15.Syed Mokhtar AlBukhary – $1.4 bilion (RM5.9 bilion) – kedudukan 2050 dunia

Bapa kandung Melaka jadikan anak hamba seks selama 7 tahun, rogol sejak kecil hingga umur 19 tahun

Pelajar perempuan terkejut seluar kena tarik masa tidur di sekolah asrama penuh di Kedah, lelaki ceroboh masuk

Leave a Reply

Your email address will not be published.