Satu sumber hari ini mem’bocor’kan maklumat dalaman parti yang menyenaraikan beberapa Ahli Parlimen BN untuk dilantik dalam Kabinet Anwar Ibrahim.
Antaranya Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani sebagai menteri kewangan; Azalina Othman Said (Hal Ehwal Undang-Undang); Khaled Nordin (Pelajaran); Mohamad Alimin (Kerja Raya).
Barisan Nasional (BN) menafikan satu kenyataan yang tular kononnya gabungan itu menamakan Ahli Parlimen Rembau Mohamad Hasan serta berapa lagi Ahli Parlimen sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
BN menerusi Facebook menjelaskan, pihaknya menafikan kenyataan palsu yang kini tular di media sosial.
Kenyataan itu juga didakwa mencadangkan Mohamad sebagai menteri dalam negeri.
“Tak perlu ubahsuai pejabat PM, kereta pakai mana yang ada” – Anwar
Terkini: Pemimpin Umno dan PAS bertemu lagi, akan runtuhkan kerajaan Anwar?