Separuh badan pekerja tenggelam dalam larutan besi 1,500 darjah celsius

Separuh badan pekerja tenggelam dalam larutan besi 1,500 darjah celsius.

Seorang lelaki di negeri Illinois, Amerika Syarikat (AS) terbunuh selepas terjatuh ke dalam sebuah tong berisi besi cair yang bersuhu hampir 1,500 darjah Celsius, lapor akhbar Daily Star semalam.

Steven Dierkes, 39, sedang bekerja di kilang Caterpillar Mapleton Foundry di bandar Peoria ketika kemalangan itu berlaku.

Koroner daerah Peoria, Jamie Harwood berkata, tiada unsur jenayah disyaki terlibat dalam kemalangan itu, demikian menurut akhbar Journal Star.

Bapa kepada tiga anak itu dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terjatuh ke dalam larutan besi bersuhu 1,427 darjah Celsius dengan separuh badannya terbaring di atas lantai kilang.

“Kami amat sedih dengan kematian seorang pekerja yang terlibat dalam insiden serius di kemudahan Mapleton, Illinois pada 2 Jun lalu.

“Keselamatan pekerja, kontraktor dan pelawat adalah keutamaan kami,” kata jurucakap Caterpillar Mapleton Foundry, Lisa Miller kepada akhbar The Sun.

Pegawai dari Pejabat Sherif Daerah Peoria, Kapten Chris Watkins berkata, pasukannya telah bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 10 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu untuk bertindak balas terhadap insiden kemalangan di tempat kerja.

Pejabat Koroner daerah Peoria, Pejabat Sherif dan Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan masih menyiasat tragedi berkenaan.

Seorang pekerja veteran Caterpillar memberitahu laman World Socialist Web Site bahawa Dierkes sedang mengambil sampel besi untuk makmal tetapi telah tersadung kaki ketika kejadian.

BACA LAGI:

Cukai payudara dikenakan ke atas negara ini, “lagi besar saiz, lagi banyak kena bayar”

Anak buah terjatuhkan kokain RM136 Juta dalam laut, tokan dadah mengamuk suruh cari balik

Gadis dedah pengalaman tragis tinggal di bandar hantu Forest City Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published.