Tindakan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang sering menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai sasaran kecaman adalah tidak wajar, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.
Memetik Agenda Daily, Ketua UMNO Bahagian Arau itu berkata jijik untuk menyebut nama individu dalam UMNO yang sebelum ini dipecat tetapi diambil semula menjadi ahli parti yang sering memaki Ismail Sabri, malah turut dipertikai jawatan yang dipegang oleh Lokman sehingga boleh sesuka hati pemimpin tertinggi negara.
“Saya hendak beritahu dan tidak mahu sebut namanya serta tidak perlu diketangah secara hebat. Kita pun tidak tahu dia siapa.
“Yang saya tahu, dia bukan AJK bahagian, cawangan tapi bercakap seolah-olah jurucakap UMNO dan dia maki Perdana Menteri.
“Mana boleh begini, saya rasa dia tidak wajar diberi pengiktirafan mana-mana pihak terutama ahli-ahli UMNO,” katanya dipetik semasa sidang akhbar hari ini.
Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata Lokman tidak harus mempersoalkan keputusan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.
“MT UMNO sudah buat keputusan poster boy Ismail Sabri dan tidak ubah serta rakyat menyokong beliau. Saya sampai satu masa rasa jijik hendak sebut nama orang ini kerana sering memaki Perdana Menteri,” katanya lagi.
Shahidan diminta mengulas tindakan Lokman yang sering menyerang Ismail Sabri di media sosial sejak kebelakangan ini.
Minggu lalu, Lokman sudah didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Ismail Sabri dan kerajaan.
Lokman, 49, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook atas nama profil “Lokman Noor Adam Official” dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Mengulas lanjut, Shahidan berkata, Lokman perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana memburuk-burukkan Perdana Menteri dan institusi kehakiman.
Tegas beliau, Lokman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan dan melemparkan tuduhan liar serta tidak berasas terhadap Ismail Sabri lebih-lebih lagi secara terbuka di media sosial.
baca:
Terkini: Najib mohon tangguh hukuman, fail rayuan semak keputusan mahkamah
Mahkamah rayuan tolak permohonan Zuraida batal saman PKR terhadapnya
RM70,0000 dari dana 1MDB dibelanjakan untuk kopi Starbucks