Singapura cari Indonesia pula untuk import 4 juta ayam selepas Malaysia hadkan eksport

Singapura cari Indonesia pula untuk import 4 juta ayam selepas Malaysia hadkan eksport. Pihak berkuasa Singapura dilapor berharap untuk mencapai persetujuan bagi memulakan proses import ayam dari Indonesia dalam masa terdekat ini.

Menurut laporan Mothersip.sg, Pegawai Kanan Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Susiwijono Moegiarso berkata beliau berharap negaranya boleh memulakan eksport ayam ke Singapura bermula Jun, secara efektif bermula dalam seminggu lagi, sekiranya beberapa permasalahan yang timbul berjaya diselesaikan kedua-dua pihak. Bagaimanapun, persetujuan untuk mengeksport ternakan ayam itu perlulah dicapai terlebih dahulu.

Mengikut lapran awal, Agensi Makanan Singapura ‘bekerja rapat’ dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung pentauliahan negara itu sebagai negara pembakal ayam.

Sebelum ini, Singapura tidak pernah import sebarang produk ayam dari Indonesia.

Indonesia miliki surplus ayam

Kini, Indonesia dilapor mempunyai pengeluaran ayam yang berlebihan yang mana ia berpotensi untuk memenuhi permintaan semasa untuk Singapura.

Achmad Dawami, Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Indonesia menjelaskan daripada 55 juta hingga 60 juta ayam yang dihasilkan setiap minggu, Indonesia masih mempunyai lebihan ayam sekitar 15 hingga 20 peratus selepas penggunaan domestik.

Beliau menambah dengan menyatakan pengeksportan ke Singapura boleh mencapai anggaran 3.6 juta hingga 4 juta ekor setiap bulan, dan ia boleh menampung kekurangan yang ada.

Indonesia mempunyai populasi lebih daripada 270 juta orang, sekali gus menjadikan negara terbesar dan paling ramai penduduk di Asia Tenggara.

Singapura mahu mengimport ayam hidup bagi memastikan pusat penyembelihan domestik beroperasi.

Namun, dilaporkan pengeluar Indonesia lebih suka mengeksport ayam sembelihan kerana mereka tidak biasa dengan penghantaran ayam hidup.

“Mudah-mudahan dalam tempoh dua minggu akan datang bakal ada kemajuan, jika kita perlu menunggu berbulan-bulan, kita mungkin akan terlepas momentum,” kata Dawami.

Terdahulu, Singapura sedang mencari sumber bekalan alternatif untuk pembekalan ayam selepas Malaysia mengehadkan pengeksportan pada Jun 2022 sehingga pengeluaran tempatan dan kos yang melonjak kembali stabil.

Pada pertengahan Jun, Malaysia bertindak untuk membatalkan sebahagian daripada larangan pengeksportannya ke atas ayam premium yang tertentu, tetapi masih melaksanakan larangan mengeksport ayam pedaging komersial dan jenis produk ayam lain.

Ayam pedaging komersial merupakan sebahagian besar ayam yang diimport oleh Singapura dari Malaysia.

MENARIK JUGA:

Penutup Majlis Tilawah Al-Quran berakhir dengan joget ‘cucuk langit’

Muka anak dara Awie tarik perhatian orang ramai, ‘hot gilerr’!

Rupanya Yaya Ruhian ni terkenal di mata dunia, tapi selamba je buat macam orang biasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.