SM Faisal saman Caprice, apa dah jadi?

SM Faisal saman Caprice, apa dah jadi?

Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadap penyanyi rap, Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram yang mengaitkan usahawan itu dengan kes Emilia Hanafi, bekas isterinya.

SM Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, ahli perniagaan itu mendakwa pada 27 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah.

Dakwa plaintif, insiden terbabit diuar-uarkan dan dimanipulasi oleh Emilia atau pihak tertentu dengan berniat jahat (mala fide) melalui media massa atau elektronik secara meluas.

Perbuatan itu, dakwanya, dilakukan tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif atau Mahkamah Syariah, berhubung kedudukan sebenar kes membabitkan plaintif dan bekas isterinya itu di Mahkamah Syariah.

SM Faisal mendakwa, sehari selepas itu, defendan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video dan hantaran memfitnah di Instagram defendan.

“Hantaran memfitnah itu mendapat publisiti meluas kerana defendan mempunyai lebih kurang 1.5 juta pengikut di Instagramnya dan hantaran terbabit dilihat atau disukai kira-kira 14,500 orang,” dakwa plaintif.

SM Faisal mendakwa, hantaran fitnah itu, antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang lelaki yang kejam dan semberono mahu memenjarakan bekas isterinya, selain tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita atau kanak-kanak.

Menurut plaintif, tindakan defendan itu menyebabkan beliau tertekan dari segi emosi, selain dicemuh dalam kalangan masyarakat umum.

Dakwa ahli perniagaan itu lagi, satu surat tuntutan bertarikh 7 Julai lalu telah dihantar bagi memohon defendan menarik balik hantaran itu, selain memohon maaf kepada plaintif, namun defendan gagal memenuhi tuntutan terbabit.

Turut dipohon, perintah injunksi supaya defendan mengeluarkan dan memadamkan hantaran fitnah itu, selain memohon perintah untuk menghalang defendan atau wakilnya daripada mengganggu dan mengugut plaintif serta ahli keluarga, sama ada secara lisan atau melalui media sosial.

Oleh itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi punitif, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan kos.

Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili SM Faisal ketika dihubungi pemberita hari ini, mengesahkan pemfailan saman fitnah itu dan memaklumkan 14 Oktober ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Idah Ismail.

Pelajar sekolah gaduh bawak buaya gemparkan penduduk, “lejen habis dia ni”

Rakyat tanya mana pergi bajet signbaord highway SUKE? “Kecik macam ni sapa boleh tengok!”

Leave a Reply

Your email address will not be published.