Solar Rosmah: Peguam ini cerita cara mudah bagi orang kampung faham

Solar Rosmah: Peguam ini cerita cara mudah bagi orang kampung faham

Kes Solar Rosmah: Peguam ini cerita cara mudah bagi yang pening nak faham.

SOLARMAH [Part 1]
CERITERA KES

1. Al-kisah, maka tersebut la satu kisah. Satu syarikat di Bintulu, Sarawak yang nak jadi kaya raya. Asal bisnesnya hanya sewa kereta.

2. Jepak Holdings namanya. Ada 2 partner: Saidi dan Rayyan. Pada tahun 2015, Saidi punya seronok. Member baik dia sejak tahun 90an naik jadi Menteri Pendidikan, DS Madhzir Khalid. Dia tahu boleh jolok projek punya.

3. Makanya dia berhubung dengan seorang orang kuat PM6 masa tu, Setiausaha UMNO Bahagian Pekan. Nak buat projek solar hybrid untuk sekolah2 Sarawak.

4. Dia berjaya dapat minit PM. PM minit kan setuju untuk gantikan program lama guna GenSet ke program baru guna solar. Menteri Pendidikan diarah untuk urus segera.

5. DS Madhzir Khalid buat ketegaq. Sebab dia kata ada kontrak lagi dengan vendor lama. Jenuh nanti Kerajaan kena tanggung bayar saman. Saidi tak puas hati. Dia tahu dia kena cuba game lain pula.

6. Makanya dia cuba cucuk jarum geng Big Mam. Melalui Pegawai Khas dia, Rizal Mansor. Siap cakap nak bagi 10% komisyen kalau projek lulus.

7. Rizal bawak jumpa Big Mam, dia minta naik ke 15%. Saidi on saja. Janji projek dapat, bayar on time.
8. Makanya, dari situlah Big Mam, main peranan, dia minta laki dia buat sampai pelbagai minit: suruh percepatkan surat tawaran, suruh bayar cepat.

9. Lepas tahu Big Mam in the picture, Madhzir Khalid tak boleh buat apa, dituruti lah jua. Dapat lah Jepak Holdings kontrak bernilai RM1.25B. Takde langsung rundingan atau diskaun untuk Kerajaan. Semua kena telan.

10. Nak transfer duit komisyen tu, Big Mam pun terlebih bijak. Dia mintak Saidi deal dengan kroni dia. DS Desmond Lim (DL). Makanya diaorg buat kontrak 4 helai muka surat. Syarikat DL di Taiwan, dapat komisyen 15% daripada kontrak. Walhal takda apa pun yang dibuat.

11. Masa nak bayar komisyen untuk kali pertama, Mam mintak RM5 juta dulu. Saidi nak hantar kepada orang DL, Lawrence tapi dia tolak. Dia kata dia tak boleh terima. Maka Mam mintak hantar terus di Seri Perdana.

12. Saidi pun bersama 2 bag penuh dengan cash RM5juta angkut la ke rumah Mam di Putrajaya. Siap mula2 pergi dengan UTK. Tapi sebab nak tutup lubang, Rizal pergi sorang dengan kawan dia, pass la 2 beg tu pada Mam sendiri.

13. Lepas tu Mam tak puas hati lagi. Mintak naik ke 17%. Katanya nak buat dana politik di Pekan. Rizal pulak mintak naik dari RM20juta ke RM25juta. Saidi bagi dia RM500k dulu.

14. Bagi nak percepatkan projek dan dapat bayaran, Mam siap call Menteri Madhzir Khalid dan KSU. Kedua2nya jadi saksi dalam kes dan sahkan mereka terima arahan daripada Mam untuk buat begitu.

15. Banyak kali Menteri Madhzir nasihatkan PM6. Projek ni patutnya tak jalan begitu. Dia pun sangsi boleh ke Jepak ni deliver. PM6 hanya diam saja.

16. Last2, bayaran pertama diberi pada Jepak amaunnya RM130juta. Terus Saidi siap sedia nak bagi bayaran komisyen berikutnya. Kali ni di hantar ke rumah Mam di Jalan Duta. RM1.5juta kesemuanya.

17. Total komisyen yang diminta adalah 17% tapi Saidi berjaya kekalkan pada 15% iaitu RM187.5 juta. Pada takat tahun 2017, RM6.5juta telah dibayar.

18. Kerajaan BN jatuh tahun 2018, lepas tu kes ni meletup sebab ada whistleblower dalam Kementerian Pendidikan report pada Sarawak Report. SPRM pun masuk.

19. Mam kena tuduh hujung tahun 2018. Semalam Mahkamah dah dapati dia bersalah dan jatuh kan hukuman RM970juta denda dan 10 tahun penjara.

20. Penghakiman bertulis yang Hakim buat panjangnya 116 muka surat. Solid alasannya. Cukup ramuan dan sebab, untuk buat sabitan. Orang cakap, sudah terang lagi bersolar…

21. Tu dia kisahnya untuk tuan/puan baca sebelum tidur. Esok saya ulas lanjut alasan penghakiman kes ini dan segala propaganda di luar sana.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

Baca: “Saya utamakan kes Bung dan Zizie” – Hakim

Pegawai Khas PM kata Ismail tak pernah janji segerakan kes Zahid, Najib

Dakwaan Najib Razak tiada dalam penjara, ini respon Menteri KDN

Leave a Reply

Your email address will not be published.