Sorakan penyokong Malaysia punca Malaysia kalah, pemain hilang fokus – Peja.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpendapat antara punca skuad kebangsaan tewas kepada Bahrain adalah disebabkan sorakan penyokong.
Faizal Azumu ataupun lebih dikenali sebagai Peja menyatakan bahawa sorakan penyokong ketika De Paula dimasukkan mengakibatkan pemain yang lain gagal untuk fokus sepenuhnya lalu terus dihukum oleh pihak lawan.
“Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.
“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.
“Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain.
Tambahnya, jika beliau sendiri berada di atas padang ketika itu pastinya fokus akan terganggu.
“Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun, apabila orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun menghilang sedikit,” kata Ahmad Faizal.
BACA LAGI:
Menjelang lawan Malaysia, warga Bangladesh pakai But Bola berjalan di KL harini
Polis didakwa tampar peniaga kerana gagal hulur ‘duit kopi’
Kerajaan benar rakyat hisap ganja dalam rumah