Status Najib sebagai Ahli Parlimen masih kekal, kata Azhar

Bekas perdana menteri, Najib Razak sudah memfailkan permohonan pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun.

Katanya, Najib memfailkan permohonan itu pada 2 Sept lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes itu.

Beliau berkata, Najib hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan, sekiranya petisyen pengampunan itu ditolak.

“Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Baca :

Wanita selamba buang air kecil dalam MRT jadi kecoh, “dia ingat tandas ke”

Solar Rosmah: Peguam ini cerita cara mudah bagi orang kampung faham

3 thoughts on “Status Najib sebagai Ahli Parlimen masih kekal, kata Azhar

  1. Salam…knp nk bagi hak istemewa kpd banduan sprt Najib dan Rosmah? Banduan rakyat biasa x dapat kerje sbb ada rekod jenayah..keduanya berpendidikan luar negara..sepatutnya mereka membela negara dan rakyat dan bukan mencuri dan menjual negara..di manakah sifat cintakan negara mereka?sewenang- wenangnya mereka menggunakan darjat mereka dan sepatutnya di hukum bunuh dan begitu juga dgn perasuah yg lain..negara tercinta hancur dgn perbuataan mereka yg gila duit..

Leave a Reply

Your email address will not be published.